Terkini
Akui ‘terlalu ekstrem’, Guang Yik mohon maaf atas ucapan rasis
Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik tampil membuat permohonan maaf susulan ucapan perkauman dan pertikaian agama yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

- “Di sini saya ingin memohon maaf kepada rakan badminton Melayu di Malaysia. Minta maaf,” kata bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik.
- Guan Yik mengakui disebabkan isu perkauman yang dibangkitkanya, pemain-pemain badminton Melayu di Malaysia berasa “tidak seronok”.
- Dia mengakui bersifat terlampau ekstrem dalam melontarkan pendapat sehingga mengundang kemarahan banyak pihak.
- “Namun di bahagian akhir memang tidak patut saya kaitkan isu perkauman,” katanya.
KUALA LUMPUR – Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik tampil membuat permohonan maaf susulan ucapan perkauman dan pertikaian agama yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
“Di sini saya ingin memohon maaf kepada rakan badminton Melayu di Malaysia. Minta maaf.
View this post on Instagram
“Kandungan video ini saya kata masalah BAM tetapi di bahagian belakang saya kaitkan dengan isu perkauman,” katanya dalam satu video hari ini.
Guang Yik mengakui disebabkan isu perkauman yang dibangkitkanya, pemain-pemain badminton Melayu di Malaysia berasa “tidak seronok”.
“Sebenarnya dalam video itu, saya mengaku saya terlalu ekstrem. Saya menegur kerana saya sayang.
“Saya hanya harap kebaikan untuk BAM kerana jika sukan badminton Malaysia bagus yang mendapat manfaat adalah kita.
“Kita yang terlibat dalam bidang badminton kita akan ada rasa bangga pasukan badminton Malaysia bagus,” katanya.
Dia juga berharap agar tahap pengurusan pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagus dalam segala peringkat yang akan melahirkan atlet-atlet yang cemerlang.
“Namun di bahagian akhir memang tidak patut saya kaitkan isu perkauman,” katanya.
Sebelum ini, Guang Yik membuat kenyataan rasis yang mengatakan kaum Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa niat menguruskan BAM dengan baik.
Kenyataan melampau itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan warganet, selain turut mengundang kecaman daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
BAM juga dilapor akan menghantar aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China CBA untuk tindakan lanjut.
Tegas BAM, komen yang memecah belahkan seperti ini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat terutamanya di negara kita dan tidak boleh dibiarkan. – The Merdeka Times
