Connect with us

Terkini

Kes gangguan seksual Ebit : Saksi ketujuh akan tunjuk hasil siasatan 90 gambar berunsur lucah

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, hari ini, memohon perbicaraan kes seksual Ebit Lew melibatkan dua lagi saksi iaitu Inspektor Yip Chang Ching dan mangsa untuk dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penonton dan media.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Foto: Pendakwah, Ebit Lew.
  • Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, hari ini, memohon perbicaraan kes seksual Ebit Lew melibatkan dua lagi saksi seterusnya iaitu Inspektor Yip Chang Ching dan mangsa untuk dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penonton dan media.
  • Permohonan itu dibuat, berikutan saksi (Ins Yip Chang Ching) akan menunjukkan hasil siasatannya ke atas pendrive yang melibatkan 90 gambar berunsur lucah serta mangsa juga akan diminta menjelaskan gambar-gambar tersebut.
  • Peguam, mewakili Ebit Lew iaitu Ram Singh tidak membantah permohonan itu sekiranya gambar-gambar tersebut didedahkan hanya kepada pihak mahkamah dan pihak berwajib.
  • Ram Singh menolak (bantah) jika perbicaraan melibatkan kedua-dua saksi termasuk mangsa dijalankan secara tertutup.

TENOM – Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria, hari ini, memohon perbicaraan kes seksual Ebit Lew melibatkan dua lagi saksi iaitu Inspektor Yip Chang Ching dan mangsa untuk dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran penonton dan media.

Permohonan itu dibuat, berikutan saksi (Ins Yip Chang Ching) akan menunjukkan hasil siasatannya ke atas pendrive yang melibatkan 90 gambar berunsur lucah serta mangsa juga akan diminta menjelaskan gambar-gambar tersebut.

Peguam, mewakili Ebit Lew iaitu Ram Singh tidak membantah permohonan itu sekiranya gambar-gambar tersebut didedahkan hanya kepada pihak mahkamah dan pihak berwajib.

Bagaimanapun, beliau menolak (bantah) jika perbicaraan melibatkan kedua-dua saksi termasuk mangsa dijalankan secara tertutup.

Menurut Ram Singh, 90 gambar yang bakal dikemukakan itu melebihi daripada jumlah 11 pertuduhan anak guamnya serta jika mengikut pertuduhan hanya ada satu gambar sahaja iaitu P1(A).

Permohonan itu dibuat selepas tamat sesi soal balas melibatkan saksi keenam, Supt Hirdawaty Isa yang bertugas di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew disambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula hari ini sehingga 10 Februari depan. 

Dalam pada itu, Majistret memutuskan perbicaraan berehat selama 30 minit bagi memberi ruang untuk pihak peguam dan pendakwaan melakukan perbincangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *