Connect with us

Terkini

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy

Polis telah merakam keterangan seramai 10 individu untuk siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Wartawan TMT

Published

on

Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Foto: Pendakwah Terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew (kiri) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (kanan).
  • Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu termasuklah dari Ebit Lew,  pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.
  • “Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan dan ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan dari forensik,”
  • Polis turut merampas  telefon milik Mondy untuk ketelusan siasatan.

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan seramai 10 individu untuk siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keterangan itu termasuklah dari Ebit Lew,  pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo serta aktivis, Ariz Ramli atau Caprice.

“Ada lagi beberapa individu akan dipanggil.

“Kita dalam proses menyiapkan kertas siasatan dan ada perkara teknikal sedang ditunggu iaitu laporan dari forensik,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Tambah Ayob Khan, kertas siasatan ini akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara selepas ia dilengkapkan. 

21 September lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Beliau dilaporkan berkata, polis turut merampas telefon milik Mondy untuk ketelusan siasatan.

Dalam pada itu, siasatan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berkaitan isu tafsir Al-Quran, Ayob Khan berkata, pihaknya dalam proses melengkapkan siasatan untuk diserah kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita telah merekod keterangan beliau (Howard) pada 26 September di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

“Ada dua laporan diterima polis membabitkan kes ini dan telah disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelasnya.

Sumber : UTUSAN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending