Connect with us

Terkini

Kerajaan Perpaduan tidak campur tangan siasatan badan bertanggungjawab – PM

Kerajaan Perpaduan hari ini mengulangi penegasan untuk kekal bebas dalam mana-mana siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa dan badan kehakiman negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan Perpaduan tidak campur tangan siasatan badan bertanggungjawab - PM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini ulangi penegasan untuk kekal bebas dalam siasatan yang dijalankan badan penguatkuasa dan kehakiman negara.” – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Jika kos tidak tinggi atau melambung tinggi, ia tidak akan jadi isu (disiasat) yang beri contoh projek seperti Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana WIbawa) dan tebatan banjir.”
  • “Perkara berkaitan perbelanjaan tinggi dan dana itu juga perlu dijelaskan untuk elakkan sebarang kekeliruan,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan hari ini mengulangi penegasan untuk kekal bebas dalam mana-mana siasatan yang dijalankan oleh agensi penguatkuasa dan badan kehakiman negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan hari ini tidak akan mengulangi sikap kerajaan terdahulu yang menekan badan-badan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan sedemikian.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengulangi penegasan untuk kekal bebas dalam siasatan yang dijalankan badan penguatkuasa dan kehakiman negara.

“Adalah tidak bertanggungjawab bagi tokoh-tokoh politik pembangkang membuat tohmahan Kerajaan Perpaduan campur tangan dalam urusan itu,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Putrajaya, hari ini.

Mengulas mengenai siasatan ke atas BERSATU, Anwar berkata terdapat dua perkara dalam isu berkenaan iaitu laporan polis kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan adalah laporan yang terima selepas mengisi jawatan sebagai Menteri Kewangan (MOF).

“Ada laporan polis yang dibuat kepada PDRM dan SPRM mengenai penggunaan dana oleh parti BERSATU dan kedua, adalah tugas saya di MOF yang melihat projek membabitkan proses tanpa tender serta perbelanjaan tinggi.

“Jika kos tidak tinggi atau melambung tinggi, ia tidak akan menjadi isu (disiasat),” katanya yang memberi contoh projek seperti Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana WIbawa) dan tebatan banjir.

Katanya, perkara berkaitan perbelanjaan tinggi dan dana itu juga perlu dijelaskan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *