Connect with us

Antarabangsa

China minta rejim Israel henti provokasi ke atas Palestin

Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel..

Wartawan TMT

Published

on

China minta rejim Israel henti provokasi ke atas Palestin
Foto: Menteri Luar China baharu, Qin Gang
  • Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan dalam kalangan rakyat Palestin.
  • “Israel harus menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelakkan sebarang tindakan unilateral yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Qin yang turut menambah bahawa China sangat bimbang akan kemerosotan hubungan di antara Israel dan Palestin.
  • Awal bulan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan melarang paparan umum bendera Palestin, membatalkan pas perjalanan menteri luar Palestin dan mengumumkan ia akan menahan dana yang biasanya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin. 

Menteri Luar China baharu, Qin Gang selepas menamatkan lawatan pertamanya ke luar negara menyeru rejim Israel untuk tidak membuat sebarang provokasi yang boleh meningkatkan ketegangan dalam kalangan rakyat Palestin, lapor RT News.

“Israel harus menghentikan semua hasutan dan provokasi serta mengelakkan sebarang tindakan unilateral yang mungkin menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk,” kata Qin yang turut menambah bahawa China sangat bimbang akan kemerosotan hubungan di antara Israel dan Palestin.

Beliau membuat kenyataan itu pada sesi penerangan media di Kaherah pada Ahad lalu sejurus bertemu dengan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada penghujung lawatannya ke lima negara Afrika.

Qin juga menyeru status quo di Temple Mount dikekalkan, termasuk Masjid Al-Aqsa, yang merupakan tempat ketiga paling suci bagi penganut Islam.

Dalam pada itu, China turut memperjuangkan penyelesaian dua negara dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota Palestin yang merdeka. 

“Masyarakat antarabangsa harus meningkatkan kegusaran, meletakkan isu Palestin di puncak agenda antarabangsa, dan menggalakkan penyambungan semula rundingan damai antara Israel dan Palestin,” kata Qin yang mengeluarkan kenyataan itu sejurus pentadbiran Israel menghukum wilayah yang diduduki.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan melarang paparan umum bendera Palestin, membatalkan pas perjalanan menteri luar Palestin dan mengumumkan ia akan menahan dana yang biasanya dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Palestin. 

Sumber: RT News

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Guinea Bissau tarik balik kebenaran bendera, kapal Freedom Flotilla ‘dihalang’ belayar ke Gaza

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sidang Media Freedom Flotilla Coalition (FFC).
  • Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.
  • Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.
  • “Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.
  • “Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.
  • FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.

“Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.

“Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.

FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

“Walau bagaimanapun, tanpa bendera, kami tidak boleh berlayar. Tetapi, ini bukanlah penghujungnya. Israel tidak dapat dan tidak akan menghancurkan tekad kami untuk memecah pengepungan haram dan mencapai rakyat Gaza. 

“Rakyat Gaza dan seluruh (rakyat) Palestin tetap teguh di bawah keadaan mengerikan yang tidak dapat dibayangkan. 

“Kami mengambil kekuatan dari keupayaan luar biasa mereka yang tidak dapat dijelaskan dalam pengekalan kemanusiaan, maruah, dan harapan mereka ketika dunia tidak memberi alasan untuk mereka berbuat demikian.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan harapan itu hidup. Kami akan berlayar,” kata FFC.

Aktivis dari 30 negara, termasuk Malaysia, berkumpul di Istanbul bermula 18 April untuk persiapan terakhir misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024“.

Tarikh pelayaran asalnya sebelum ini ditetapkan pada 21 April dan kemudian ditangguhkan sebanyak dua kali kepada 24 April dan 26 April. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending