Connect with us

Antarabangsa

Uskup Gereja England tidak sokong perkahwinan gay

Uskup Gereja England tidak menyokong perubahan dalam pengajian agama untuk membenarkan paderi berkahwin dengan pasangan sejenis, lapor BBC News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Uskup Gereja England tidak sokong perkahwinan gay
Foto: Uskup Gereja England, Justin Welby
  • Uskup Gereja England dalam mesyuaratnya pada Selasa tidak menyokong perubahan dalam pengajian agama Kristian untuk membenarkan paderi berkahwin dengan pasangan sejenis.
  • Uskup yang hadir pada mesyuarat itu berkata perkahwinan suci hanya antara seorang lelaki dan seorang wanita, tidak akan berubah serta tidak akan diundi.
  • Perkahwinan sejenis adalah sah di England dan Wales sejak 2013, namun gereja tidak mengubah ajarannya sekalipun undang-undang perkahwinan itu berubah.

 

Uskup Gereja England tidak menyokong perubahan dalam pengajian agama untuk membenarkan paderi berkahwin dengan pasangan sejenis, lapor BBC News.

Mereka bermesyuarat pada Selasa bagi memuktamadkan cadangan selepas lima tahun berunding dan berdebat berhubung pendirian Gereja mengenai seksualiti di mana ia akan dibahaskan di ‘sinode umum’ bulan depan.

Uskup yang hadir pada mesyuarat itu berkata perkahwinan suci hanya antara seorang lelaki dan seorang wanita, tidak akan berubah serta tidak akan diundi.

Perkahwinan sejenis adalah sah di England dan Wales sejak 2013, namun gereja tidak mengubah ajarannya sekalipun undang-undang perkahwinan itu berubah.

Pada 2017, Gereja England memulakan tempoh rundingan lanjutan yang dipanggil “Hidup dalam Cinta dan Iman”.

Pada November tahun lalu, Uskup Oxford menjadi uskup Gereja England paling kanan yang menyokong secara terbuka perubahan dalam ajaran Gereja, namun mereka kekal dalam kumpulan minoriti.

Penolakan cadangan undi membenarkan perkahwinan sejenis berkemungkinan menimbulkan kemarahan pejuang perubahan dalam Gereja.

Ada yang memberitahu BBC News bahawa mereka akan meminta ‘sinode umum’ untuk membatalkan cadangan uskup bulan depan.

 

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *