Cadangan supaya sijil pentauliahan penceramah agama diselaraskan di semua negeri dapat memudahkan urusan pengajaran dan ceramah agama Islam di seluruh negara.
Seorang hakim warga Amerika Syarikat (AS) yang baharu sahaja dilantik, menjadi yang pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey yang berhijab.
Pihak berkuasa wilayah Aceh, Indonesia mengeluarkan beberapa peraturan sempena memasuki bulan Ramadan tahun 1444 Hijrah, yang menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia...
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan untuk mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.
Seorang ulama Islam, yang ditahan polis Uttar Pradesh kerana didakwa membuat kenyataan menghasut, dikenakan tahanan rumah selepas menyeru penyokongnya berarak ke Delhi menuntut pengharaman pertubuhan Hindutva,...
Seorang hakim kanan melancarkan siasatan bebas untuk menyiasat sama ada polis tentera Britain menutup atau tidak menyiasat dengan betul dakwaan pembunuhan melanggar undang-undang oleh angkatan tentera...
Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS) yang baharu mengenai China yang mengadakan perbicaraan kedua semalam, mengetengahkan apa yang dikatakan Washington sebagai pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap Uyghur...
Hukuman mati bagi kesalahan membunuh yang termaktub bawah 302 Kanun Keseksaan, akan menjadi satu hukuman pilihan atau opsyen, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melanggar undang-undang dengan mengatakan beliau akan terbabit secara peribadi dalam rancangan baik pulih kehakiman, kata peguam negara hari ini.
Inisiatif Menu Rahmah disifatkan sebagai penyelesaian jangka pendek untuk mengatasi krisis ekonomi utama iaitu kos harga makanan yang meningkat.