Terkini
Selaras sijil tauliah penceramah mudahkan urusan dakwah – Mufti Pulau Pinang
Cadangan supaya sijil pentauliahan penceramah agama diselaraskan di semua negeri dapat memudahkan urusan pengajaran dan ceramah agama Islam di seluruh negara.
- Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk pengembangan urusan dakwah di negara ini.
- “Ini satu cadangan yang baik, jika boleh dilaksanakan ia akan memudahkan urusan pengajaran dan ceramah agama Islam di seluruh negeri.”
- “Cuma perlu diambil kira hal-ehwal agama adalah terletak di bawah tanggungjawab negeri di mana Raja-raja menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
- Beliau mengulas mengenai pandangan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang berpendapat bahawa sijil pentauliahan penceramah agama perlu diselaraskan di semua negeri bagi mengelakkan timbul pertikaian pada masa hadapan.
GEORGE TOWN: Cadangan supaya sijil pentauliahan penceramah agama diselaraskan di semua negeri dapat memudahkan urusan pengajaran dan ceramah agama Islam di seluruh negara.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, perkara itu dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk pengembangan urusan dakwah di negara ini.
“Ini satu cadangan yang baik, jika boleh dilaksanakan ia akan memudahkan urusan pengajaran dan ceramah agama Islam di seluruh negeri.”
“Cuma perlu diambil kira hal-ehwal agama adalah terletak di bawah tanggungjawab negeri di mana Raja-raja menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai pandangan penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang berpendapat bahawa sijil pentauliahan penceramah agama perlu diselaraskan di semua negeri bagi mengelakkan timbul pertikaian pada masa hadapan.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong selepas dikatakan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.
Selain beliau, JAIS turut mengesahkan Ustaz Muhammad Wadi Annuar juga tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor.
Menurut Wan Salim, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya berperanan sebagai penyelaras daripada sudut pentadbiran termasuk aspek perjawatan bagi negeri-negeri.
Dalam pada itu, katanya, mengenai kebimbangan akan berlaku ‘gelombang’ bantahan yang berpunca daripada isu tauliah itu, beliau berkata, perkara tersebut hanya andaian semata-mata.
”Ini kerana mereka yang dilarang daripada mengajar dan berceramah hanyalah segelintir sahaja berbanding mereka yang diberi tauliah untuk mengajar dan berceramah.
”Sebagai contoh, bagi Pulau Pinang sejak 2011 hingga 2022, terdapat seramai 1,711 orang asatizah dan agamawan yang telah diberi tauliah untuk mengajar dan berceramah di negeri ini,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
Badan penyiaran Australia sahkan “Arahan Hannibal” Israel bunuh penduduk sendiri pada 7 Oktober