Connect with us

Kolumnis

Hayati semangat hijrah, jalankan usaha dakwah

APABILA tiba bulan Muharram, antara topik yang sentiasa didengari dalam khutbah dan kuliah pastinya ada kaitan dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

APABILA tiba bulan Muharram, antara topik yang sentiasa didengari dalam khutbah dan kuliah pastinya ada kaitan dengan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Barangkali, sudah ramai yang menghafal perjalanan hijrah Baginda Rasulullah SAW kerana inilah kisah kita selalu dengarkan dari bangku sekolah rendah lagi.

Dari Abu Bakar menyediakan unta untuk Rasulullah SAW, mukjizat di Gua Thur, pembinaan Masjid Quba, sehinggalah ketibaan Rasulullah yang dinanti-nantikan oleh para Muhajirin dan Ansar serta pembinaan Masjid Nabawi, semuanya pasti dalam ingatan para Muslim.

Persoalannya, sudahkah kita sebagai Muslim menghayati perjalanan mulia Baginda dan para Muhajirin pada waktu itu?

Seperti yang diketahui umum, antara hikmah hijrah Rasulullah SAW adalah  untuk menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan serangan orang Arab Quraisy.

Namun, kepentingan peristiwa hijrah bukan terhenti setakat itu sahaja, hakikatnya hikmah hijrah terbesar Baginda Rasulullah SAW adalah menandakan satu permulaan perkembangan agama Islam dengan lebih meluas, malah lebih tersusun sebagai satu negara berdaulat.

Pada 13 tahun pertama kenabian, Rasulullah SAW hanya berdakwah dan menyampaikan mesej tawhid di kota kelahirannya, Makkah. 

Diceritakan juga dalam kitab-kitab sejarah bahawa setiap penjuru kota Makkah baginda jelajahi menyampaikan dakwah kerana khuatir jikalau ada orang yang tidak dapat mendengar mesej Allah.

Betapa gigihnya Rasulullah SAW berdakwah sehingga apabila berita dakwahnya didengari kaum Musyrikin, bukan sahaja baginda, malah barangsiapa yang memeluk agama Muhammad ketika itu akan ditindas dan diancam bunuh. 

Namun, Baginda tidak pernah meninggalkan kota Makkah sehinggalah turunnya wahyu daripada Allah SWT selepas 13 tahun yang membenarkan Baginda berhijrah ke Madinah.

Hijrah: Permulaan tersebarnya Islam 

Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukan sekadar perpindahan fizikal tetapi ia adalah permulaan baru bagi usaha dakwah dan penyebaran Islam yang lebih luas ke luar kota Makkah.

Bermula dengan pemelukan Islam secara besar-besaran dari suku kaum Khazraj dan Aus di Madinah, kota ini menjadi negara Islam pertama dengan bermajoriti adalah Muslim. Ini menjadikan Madinah sebagai pusat kekuatan baru bagi umat Islam. 

Dengan bertambahnya bilangan umat Islam, kedudukan Islam di Tanah Arab semakin kuat dan kukuh. 

Apatah lagi dengan kejayaan Islam yang semakin terserlah apabila tentera Muslim berjaya menewaskan tentera Musyrikin dalam Perang Badar. Walaupun hanya dengan kekuatan 313 orang, tentera Muslim dapat mengalahkan tentera yang mencecah 1,000 orang. 

Beberapa peperangan yang berlaku selepas itu juga seperti Perang Khandaq, terus membuktikan keteguhan dan keberanian umat Islam dalam mempertahankan dan menegakkan agama Allah.

Kemuncak kejayaan umat Islam berlaku ketika pembukaan semula kota Makkah. Baginda Rasulullah SAW membawa 10,000 orang sahabat menunaikan umrah dengan penuh kebesaran tanpa tumpahnya setitik darah di bumi yang dahulunya dipenuhi patung berhala. 

Kekuatan tentera Muslim menjadi begitu kuat sehingga tentera Rom takut untuk melancarkan peperangan, menjadikan Muslim menang tanpa pertempuran dalam Perang Tabuk.

Muslim perlu hijrah dari zon keselesaan

Kisah-kisah ini tidak sepatutnya menjadi hanya satu cerita untuk disampaikan, tetapi ianya sepatutnya menjadi satu pengajaran untuk Muslim pada hari ini.

Penyebaran Islam ke seluruh dunia pada hari ini adalah bermula dari hasil usaha dan pengorbanan Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dalam mengingati pengorbanan umat Islam terdahulu, kita sebagai Muslim tidak patut berada dalam zon selesa dan hanya menikmati kejayaan yang telah tercapai.

Lebih-lebih lagi apabila ancaman daripada golongan anti-Islam telah membawa fenomena Islamofobia ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu Islamodium (kebencian kepada Islam).

Setiap Muslim perlu berhijrah dan bangkit dari zon keselesaan masing-masing untuk  mempertahankan Islam.

Antara pendekatan yang paling mudah adalah berdakwah dan menyampaikan Islam kepada kenalan kita di sekeliling.

Allah SWT telah menjanjikan kemenangan Islam dalam Surah at-Taubah, Ayat 33 yang bermaksud,

“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Maka, kemenangan Islam adalah pasti. Namun, pilihan untuk menjadi penonton yang melihat kemenangan Islam atau menjadi golongan yang memenangkan Islam adalah pada tangan kita.

Marilah kita mengambil iktibar dari hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat, dan berusaha menjadikan kehidupan kita lebih bermakna dengan memperjuangkan Islam dalam apa jua cara yang kita mampu.

Semoga perjuangan hijrah kita menjadi asbab Allah memberi rahmat kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Baqarah, Ayat 218 yang bermaksud,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Penyelewengan akidah dan agama: Tindakan siapa?

Penyelewengan agama atau akidah di mana-mana negeri di Malaysia boleh diambil tindakan oleh pihak pegawai penguatkuasa agama (PPA) di bawah Jabatan Agama Negeri dan pihak polis.

Avatar

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Penyelewengan agama atau akidah di mana-mana negeri di Malaysia boleh diambil tindakan oleh pihak pegawai penguatkuasa agama (PPA) di bawah Jabatan Agama Negeri dan pihak polis.

Punca kuasa berkenaan adalah kuasa-kuasa negeri di bawah Perkara 74 (2) Perlembagaan, Jadual Kesembilan, Senarai Kedua yang juga termasuk kuasa Wilayah-Wilayah Persekutuan di bawah Perkara 3 (5) Perlembagaan mengenai Agama bagi Persekutuan.

Kuasa tersebut diperturunkan  pula ke dalam Enakmen Pentadbiran Islam dan lain-lain di negeri-negeri, khususnya Enakmen Jenayah Syariah Negeri-Negeri yang berkaitan dengan KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN AQIDAH mengenai: Pemujaan Salah, Ajaran atau amalan salah, Dakyah agama, dil, Dakwaan Palsu, Mendakwa bukan Islam, Takfir, Doktrin Palsu dan sebagainya.

Namun kesalahan ini boleh didakwa terhadap pelaku orang Islam sahaja dalam negeri masing-masing.

Tindakan penguatkuasaan dalam kes ini boleh dilaksanakan penguatkuasa agama (PPA) dan polis. Namun pihak polis banyak menyerahkannya kepada PPA kerana ia berkaitan dengan agama.

Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja memberi kuasa untuk menjaga agama Islam bagi menguat kuasakannya terhadap  orang Islam yang melakukan penyelewengan atau penghinaan tetapi juga terhadap orang yang bukan Islam yang melakukan di’ayah, penyelewengan dan propaganda kepada orang yang menganut agama Islam.

Perkara ini diperuntukkan dalam Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa: “Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam”.

Perkara 11(4) menegaskan bahawa penyebaran agama selain daripada agama Islam kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali, terutamanya dari segi penyebaran di’ayah.  Selain itu, peruntukan ini juga secara tidak langsung memberi kuasa kepada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan untuk mengubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran serta kepercayaan mereka kepada orang Islam.

Berdasarkan kuasa tersebut, maka kerajaan-kerajaan negeri boleh meluluskan undang-undang untuk mengawal pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam. Hampir kesemua negeri di Malaysia mempunyai Enakmen khas yang mengawal penyebaran di’ayah kepada orang Islam, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Melaka dan Pulau Pinang.

Antara Enakmen digubal kerajaan negeri ialah Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Terengganu, 1980 (Enakmen No 1/1980); Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor, 1988 (Enakmen No 1/1998); dan Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Johor, 1991 (Enakmen No 2 /1991).

Perkataan ‘Agama bukan Islam’ yang digunakan di dalam enakmen ini ditafsirkan sebagai meliputi agama-agama seperti Kristian, Hindu, Buddha, Sikh atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana agama tersebut.

Undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sivil untuk mendengar kes tersebut dan penguatkuasaannya dilaksanakan oleh pihak polis atau mana-mana pegawai awam yang diberi tauliah secara bertulis oleh Raja supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah dalam Enakmen tersebut. Ini disebabkan kes berkenaan  melibatkan orang yang bukan Islam. Istimewanya undang-undang ini ia berbentuk awam walaupun demikian ia bersifat undang-undang negeri kerana berkaitan dengan agama.

Kuasa pentadbiran dan penguatkuasaan

DYMM Sultan dan Raja adalah ketua bagi negeri beraja dan sebagai ketua agama. Manakala Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan. Sebagai pemerintah mereka mempunyai kuasa kuasa eksekutif sesuatu Negeri meliputi pentadbiran mana-mana peruntukan tertentu dalam undang-undang dan boleh bagi maksud itu memberikan kuasa kepada dan mengenakan kewajipan pada mana-mana pihak berkuasa Negeri itu.

Dalam hal pentadbiran dan penguatkuasaan agama Pemerintah telah memberikan kuasa kepada Jabatan Hal Ehwal Agama melalui PPA untuk menguatkuasakan undang-undang. Kepada Jabatan Pendakwaan Syarie melalui Pendakwa Syarie untuk membawa kes-kes berkaitan ke Mahkamah Syariah dan memberi kuasa kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri melalui Hakim-Hakim Syarie untuk menjalan keadilan atau kehakiman serta perlaksanaan perintah atau hukuman. Juga kepada Jabatan Mufti untuk menentukan sesuatu yang berkaitan hukum syarak melalui fatwa.

Disebabkan setiap negeri mempunyai kuasa membuat undang-undang yang berkaitan agama, maka bagi mengelakkan percanggahan dan perbezaan ia memerlukan penyelarasan dari segi penguatkuasaan, pendakwaan dan perundangan di peringkat Persekutuan. Inilah fungsi JAKIM bersama Jabatan Peguam Negara (AGC), MAIN negeri, Penasihat Undang-Undang negeri dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan.

JAKIM agensi persekutuan

Di Peringkat Persekutuan untuk menyelaraskan pentadbiran dan pengurusan Islam, perundangan, kehakiman dan fatwa dan sebagainya Majlis Raja-Raja Melayu (MRR) melalui Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI), maka (JAKIM) ditubuhkan ia merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Kewujudannya adalah melalui kuasa eksekutif Kerajaan Malaysia.

JAKIM berperanan sebagai sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia. Ia juga berperanan menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak melanggar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran pada peringkat negeri.

JAKIM juga memainkan peranan sebagai urus setia bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). JAKIM turut mengendalikan tiga masjid utama @di Malaysia iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

JAKIM turut bertanggungjawab terhadap penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia.

Ia turut berperanan dalam menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam. JAKIM mengendalikan pusat pendidikan dan latihan seperti Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Darul Quran. Selain itu, JAKIM juga mengendalikan modul Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan agensi agama Islam negeri-negeri.

Penyelewengan akidah di Malaysia

Mengikut Bahagian Penyelidikan JAKIM, sebanyak 155 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak 1950 sehingga kini. Daripada jumlah itu, terdapat beberapa lagi ajaran sesat yang masih aktif, manakala selebihnya telah berjaya dibendung sepenuhnya.

Antaranya, ada yang menjadi ancaman yang besar kepada kesucian akidah di negara kita. Daripada jumlah itu, 53 daripadanya telah dibuktikan sebagai ‘sesat’ serta dinasihatkan kembali kepada kebenaran. 43 daripadanya telah memberhentikan gerakan mereka. Di antara kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang disenaraikan ialah:

1.    Perguruan Persaudaraan Imu Dalam Al-Ma’unah Malaysia (Al-Ma’ unah).

2.    Aurad Muhammadiah (Darul Arqam)

3.    Ilmu Tajalli atau Hakikat Insan

4.    Tarikat Ayah Pin’

5.    Ajaran Taslim.

6.    Ajaran Hakikat Haji Ghazali Othman.

7.    Qadyani Ahmadiah.

8. Tariqat Naqsyabandiah.

9.    Ajaran Ilmu Hakikat Jahar Dumin.

10.     Tariqat Mufarridiah.

11.     Ajaran Al-Baha’iyyah.

12.     Ajaran Batiniyah.

13.     Tariqat Samaniah Ibrahim Bonjo.

Kita bersyukur walaupun ajaran sesat tersebut mempunyai bilangan yang agak besar tapi kegiatan mereka dapat dibendung dan diambil tindakan. Kegiatan mereka tidak sampai mengganggu aktiviti ibadah kita, namun dengan kerjasama semua pihak ia dapat dibendung walaupun kewujudannya masih silih berganti.

Peranan fatwa berkaitan aktiviti penyelewengan agama

Jabatan Mufti berperanan untuk mengeluarkan fatwa terhadap sesuatu amalan, ajaran atau doktrin yang dikaitkan dengan agama sama ada ia sah atau menyeleweng.

Fatwa diwartakan adalah penting agar tindakan undang-undang dapat diambil bagi membanteras fahaman dan pemikiran menyeleweng yang dikaitkan dengan Islam, sekali gus menjaga dan memelihara kesucian agama Islam dan seterusnya menghindarkan orang ramai daripada terikut-ikut dengan sangkaan ia adalah benar.

Fatwa-fatwa dikeluarkan ini adalah selepas melalui proses kajian dan penyelidikan yang dijalankan dengan begitu teliti dan mengambilkira pandangan pakar yang berkaitan dengan bidang berkenaan.

Manakala penguatkuasaan undang-adalah dilakukan pihak Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri atau pihak polis. Penguatkuasaan bermaksud penyiasatan, tangkapan dan pemeriksaan. Apabila semuanya telah lengkap, barulah diserahkan hasil berkenaan kepada pihak pendakwaan untuk didakwa YDT di Mahkamah. Manakala pihak Hakim setelah mendengar kes tersebut akan membuat sabitan, keputusan dan hukuman.

Inilah yang disebut “pengasingan kuasa”  untuk menentukan keadilan dapat dilaksanakan melalui peranan setiap pihak melaksanakan peranan atau tugas masing-masing tanpa menceroboh bidang kuasa pihak lain. Seperti Jabatan Mufti dan Mufti bertanggungjawab mengenai fatwa dikeluarkan, manakala penguatkuasaan dibuat oleh penguatkuasa agama  atau pihak polis.

Inilah yang dimaksudkan dengan  “ultra virés” iaitu melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yang sah seseorang, sesebuah badan, jabatan dan sebagainya. Sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau pihak terjejas boleh mendapat penghakiman yang sewajarnya bahawa tindakan yang dibuat tidak sah.

Apa yang dapat disimpulkan ialah usaha yang perlu dibuat bukan sedikit untuk menangani ajaran sesat di negara ini kerana ia bersifat putus bersambung dari masa ke masa. Apa yang mesti dilakukan adalah ia dibendung di setiap masa agar tidak menjadi barah di negara kita.

Dalam hal ini kerjasama amat diperlukan dari semua pihak termasuk orang awam, pihak berkuasa agama dan juga agensi persekutuan, kerajaan negeri dan ahli politik agar dapat sama-sama meletakkan agenda pembasmian ajaran sesat dalam masyarakat kita sebagai keutamaan pada masa kini.

Ini kerana dalam agama Islam, konsep amar ma’ruf nahi munkar menuntut sumbangan dari semua pihak dan perlu dilihat secara menyeluruh. la bukan tugas pihak berkuasa semata-mata, malah itulah peranan setiap individu Muslim dalam melaksanakan tanggungjawab agama dan hidup bermasyarakat. – The Merdeka Times

Penulis adalah bekas Ketua Hakim Syarie Negeri Perak dan Hakim Rayuan Syariah JKSM.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending