Connect with us

Antarabangsa

Umrah hanya dibenar sekali sahaja semasa Ramadan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan untuk mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Umrah hanya dibenar sekali sahaja semasa Ramadan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan untuk mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.
  • Langkah terbabit bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan.
  • Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah.

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan jemaah tidak dibenarkan untuk mengulang menunaikan umrah pada bulan Ramadan dan dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.

Memetik laporan media Saudi Gazette, langkah terbabit bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadan.

Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah.

Ini selain pentingnya mereka hadir pada masa yang ditetapkan.

Menurut kementerian terbabit, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah.

Bagaimanapun, jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk sebelum mengeluarkan permit waktu yang baru.

Kementerian berkenaan turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala.

Sekiranya jemaah tidak mendapat tarikh tempahan, mereka boleh mencari tarikh lain pada masa akan datang. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *