Connect with us

Terkini

Hukuman mati bagi kesalahan membunuh jadi hukuman pilihan

Hukuman mati bagi kesalahan membunuh yang termaktub bawah 302 Kanun Keseksaan, akan menjadi satu hukuman pilihan atau opsyen, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Wartawan TMT

Published

on

Hukuman mati bagi kesalahan membunuh jadi hukuman pilihan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hukuman mati bagi kesalahan membunuh termaktub bawah 302 Kanun Keseksaan, akan jadi satu hukuman pilihan atau opsyen, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
  • Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan hukuman mati secara pilihan turut tertakluk bagi tiga kesalahan yang berada bawah Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Seksyen 121 membabitkan kesalahan melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
  • Seksyen 121A pula membabitkan kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.
  • Bagi Seksyen 39B ABD, ia membabitkan kesalahan pengedaran dadah berbahaya.

KUALA LUMPUR: Hukuman mati bagi kesalahan membunuh yang termaktub bawah 302 Kanun Keseksaan, akan menjadi satu hukuman pilihan atau opsyen, tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), memaklumkan hukuman mati secara pilihan turut tertakluk bagi tiga kesalahan yang berada bawah Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, ia berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri, sebelum ini.

“Berikutan 302 Kanun Keseksaan adalah jelasnya kesalahan di mana kematian berlaku atau disebabkan (kematian), maka hukuman mati secara pilihan atau opsyen dikekalkan.

“Bagi kesalahan yang mana tiada kematian berlaku atau disebabkan (kematian), hukuman mati akan dimansuhkan,” katanya kepada BH, di sini, hari ini.

Seksyen 121 membabitkan kesalahan melancarkan atau cuba untuk melancarkan perang atau bersubahat dalam melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Seksyen 121A pula membabitkan kesalahan terhadap tubuh Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

Bagi Seksyen 39B ABD pula, ia membabitkan kesalahan pengedaran dadah berbahaya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dilaporkan berkata, tiada lagi hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori yang menjadi antara beberapa dasar baharu dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lalu dalam usaha pemansuhan hukuman mati mandatori.

Sebaliknya, ia akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Susu formula, makanan bayi ikut piawaian makanan tempatan dan dunia – Nestle Malaysia

Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.
  • Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.
  • Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 
  • “Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.
  • “Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.
  • Kenyataan itu mengulas mengenai kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) yang mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

KUALA LUMPUR – Produk susu formula dan makanan bayi Nestle Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan peraturan makanan tempatan.

Nestle Malaysia berkata ia termasuk keperluan pelabelan khusus dalam produk mereka yang mengikut had ambang untuk karbohidrat dan gula tambahan.

Katanya, susu formula bayi Nestle dan Wyeth menggunakan laktosa sebagai sumber tunggal karbohidrat. 

“Laktosa juga sumber utama karbohidrat dalam susu tumbesaran Nestle dan Wyeth.

“Begitu juga bijirin bayi Nestle mematuhi kedua-dua piawaian antarabangsa dan peraturan makanan Malaysia.

“Di mana sahaja produk kami dijual, profil pemakanannya mematuhi semua peraturan tempatan yang terpakai,” kata Nestle Malaysia dalam kenyataan yang dipetik New Straits Times semalam.

Nestle Malaysia bagaimanapun berkata sedikit variasi dalam resipi merentas negara akan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk memenuhi keperluan peraturan tempatan dan ketersediaan bahan tempatan.

Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) sebelum ini mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram semalam mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.

Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending