Connect with us

Terkini

Sarawak Kaji Perluas ASSAR Kepada Bukan Bumiputera

Published

on

Foto: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti cadangan untuk membolehkan bukan Bumiputera menyertai Amanah Saham Sarawak (ASSAR) melalui penubuhan dana baharu yang dinamakan ASSAR 2.
  • Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyatakan bahawa cadangan tersebut akan diteliti terlebih dahulu oleh lembaga pengarah dan pengurusan ASSAR.
  • Penubuhan ASSAR 2 dilihat sebagai langkah memperluas manfaat kepada kaum lain, tanpa mengubah struktur asal ASSAR yang kini hanya untuk Bumiputera Sarawak.

KUCHING — Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti cadangan memperluas Amanah Saham Sarawak (ASSAR) kepada bukan bumiputera menerusi penubuhan satu dana baharu dikenali sebagai ASSAR 2.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata cadangan tersebut akan diteliti lembaga pengarah dan pengurusan ASSAR bagi melihat kesesuaiannya, dengan mengambil contoh model yang dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Ketika ini ASSAR hanya tertumpu kepada bumiputera. Kita mungkin buka juga kepada masyarakat bukan bumiputera dengan satu lagi, mungkin ASSAR 2, supaya mereka dapat menyimpan dalam Amanah Saham Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2026 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata cadangan itu juga selaras dengan dasar kerajaan negeri yang mengamalkan pendekatan inklusif supaya lebih ramai rakyat Sarawak dapat menikmati peluang pelaburan.

“Dengan adanya dua saluran, kita boleh mengumpulkan lebih banyak dana dan memberi peluang kepada anak Sarawak bukan bumiputera untuk turut sama melabur dalam ekonomi negeri yang sedang berkembang dengan begitu baik,” katanya. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author