Connect with us

Terkini

Roboh semua penempatan haram di Selangor – MB

Published

on

Foto: Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari
  • Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, isu penempatan haram bukanlah perkara baharu di negeri itu dan perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan ia dapat diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • “Penempatan haram kena dirobohkan dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin.
  • “Isunya adalah pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan kelulusan tanah pengurusan tanah mahupun kepada kelulusan PBT,” katanya.

KUALA SELANGOR: Semua penempatan haram di Selangor yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) perlu dirobohkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menurut beliau, isu penempatan haram bukanlah perkara baharu di negeri itu dan perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan ia dapat diselesaikan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Penempatan haram kena dirobohkan dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

“Isunya adalah pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan kelulusan tanah pengurusan tanah mahupun kepada kelulusan PBT,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang dipetik Utusan Malaysia.

Amirudin berkata mengikut rekod mereka, beberapa tindakan telah diambil termasuk memberi amaran dan notis.

“Kalau kita lihat kepada isu tanah isu tanah biasanya ia melibatkan kepada penggunaan tanah di luar daripada kapasiti ataupun syarat nyata tanah.

“Itu banyak melibatkan antaranya kawasan pembuangan sampah haram yang kita pernah uruskan dalam bidang kuasa negeri, sebelum suatu perampasan dibuat, kita kena memberikan masa yang secukupnya untuk pemilik punya memulihkan tanah tersebut,” katanya.

Sebelum ini, tindakan penguatkuasaan terhadap struktur binaan di Kampung Baru Sungai Makau, Hulu Langat dilaporkan telah dilaksanakan sejak 2016 menerusi pengeluaran notis amaran, kompaun dan operasi bersepadu.

Tindakan siasatan dan penguatkuasaan termasuk perobohan turut melibatkan beberapa agensi iaitu Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Langat, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

PDT Hulu Langat turut mengesahkan tindakan perobohan akan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang selepas Notis Amaran Pendudukan Secara Tak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dikeluarkan kepada pemilik struktur kediaman terbabit pada tahun 2017, 2020, 2021 dan kali terakhir pada 13 Mac tahun lalu.

Selain itu, penempatan haram yang didakwa diduduki kebanyakannya oleh warga Indonesia termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran Kampung Budiman, Shah Alam dilaporkan masih wujud walaupun beberapa siri serbuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk PBT.

Mengulas mengenai penempatan haram di Kampung Baru Sungai Makau, Amirudin berkata beliau telah menerima jaminan daripada Pegawai Daerah Hulu Langat bahawa tindakan perobohan akan dilaksanakan dan rampasan tanah akan dilakukan sekiranya perlu.

“Isu yang di sini adalah perbandaran dan juga syarat gunanya tanah yang perlu diuruskan, tetapi saya sudah mendapat jaminan daripada pihak pegawai daerah, tindakan segera akan dibuat untuk merobohkan dan kalau ada keperluan perampasan, kita akan buat.

“Tetapi, urusan perampasan tanah, tidak mudahlah sebab dia hak milik, mereka bayar premium jadi kita kena beri ruang, ada setengah kes kita kena dibawa ke dalam mahkamah sebab itu prosedur,” tegasnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author