Terkini
PAS hentikan kerjasama politik dengan Bersatu
- Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pusat yang berlangsung hari ini selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.
- Beliau berkata, tindakan itu juga diambil bagi memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lepas berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahat kerjasama politik PAS atas prinsip penyatuan ummah.
KUALA LUMPUR – PAS semalam secara rasmi memutuskan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pusat yang berlangsung semalam selepas mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.
Beliau berkata, tindakan itu juga diambil bagi memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun lepas berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahat kerjasama politik PAS atas prinsip penyatuan ummah.
Pada 2 Jun lepas, Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap krisis dan konflik dalaman Bersatu yang dilihat memberi kesan terhadap Perikatan Nasional. – BERNAMA