Connect with us

Terkini

Kenyataan tiada kerjasama PH-BN pasca-PRN strategi semasa – Penganalisis

Published

on

Foto: Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub.
  • Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata realiti politik Malaysia hari ini sangat berbeza berbanding era dominasi UMNO suatu ketika dahulu.
  • ​”Landskap politik pasca-2018 menunjukkan bahawa tiada lagi satu parti atau gabungan yang mempunyai keupayaan untuk menguasai kerajaan secara bersendirian dalam jangka panjang.
  • “Hakikatnya, politik Malaysia kini bergerak ke arah sistem yang lebih kompetitif dan berasaskan gabungan,” katanya ketika dihubungi.

​KUALA LUMPUR – Kenyataan  bahawa tiada perancangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya negeri (PRN) akan datang, perlu dilihat dalam konteks strategi politik semasa dan bukannya sebagai penolakan mutlak terhadap kerjasama politik pada masa hadapan.

​Menurut penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub, realiti politik Malaysia hari ini sangat berbeza berbanding era dominasi UMNO suatu ketika dahulu.

​”Landskap politik pasca-2018 menunjukkan bahawa tiada lagi satu parti atau gabungan yang mempunyai keupayaan untuk menguasai kerajaan secara bersendirian dalam jangka panjang.

​”Hakikatnya, politik Malaysia kini bergerak ke arah sistem yang lebih kompetitif dan berasaskan gabungan,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Amanah, Muhammad Faiz Fadzil hari ini yang dilaporkan sebagai berkata, tiada sebarang perancangan untuk PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sebaliknya, fokus ketika ini adalah untuk memperkukuh kekuatan PH sendiri dalam menghadapi sebarang kemungkinan politik selepas pilihan raya tersebut.

​Mengulas lanjut, Mohammad Tawfik menjelaskan, walaupun parti-parti mungkin memilih untuk bertanding secara berasingan bagi mengukur kekuatan masing-masing dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan, ruang untuk kerjasama pasca pilihan raya sentiasa terbuka.

​Perkara itu, tambahnya, adalah bergantung kepada keputusan rakyat dan keperluan membentuk kerajaan yang stabil.

​Beliau turut menegaskan bahawa dalam konteks perkembangan politik semasa, apa yang lebih penting bukanlah soal siapa bekerjasama dengan siapa.

​”Sebaliknya, sejauh mana parti-parti politik mampu menawarkan kestabilan politik, dasar yang meyakinkan dan kepimpinan yang diyakini rakyat.

​”Ini kerana era politik satu parti yang dominan semakin sukar untuk diulangi, manakala politik gabungan dijangka terus menjadi ciri utama sistem politik Malaysia pada masa hadapan,” jelasnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author