Connect with us

Terkini

PDRM didesak siasat dakwaan RM45,000 untuk serang institusi Diraja

Published

on

Foto: Aktivitis media sosial, Shafiq Halim.
  • Aktivitis media sosial, Shafiq Halim menegaskan, tindakan tegas mengikut lunas undang-undang perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendalangi agenda berkenaan.
  • “Pendedahan yang dibuat oleh Raja Azman Raja Petra dalam sesi siaran langsung di TikTok semalam adalah satu perkara yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan. Beliau mendakwa telah menerima bayaran sebanyak RM45,000 daripada pihak tertentu berserta arahan khusus untuk menyerang Sultan Selangor dan Sultan Pahang kerana ketidakpuasan hati pihak berkenaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa segera menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan cubaan membayar pihak tertentu bagi menyerang institusi diraja, susulan satu pendedahan mengejutkan di media sosial semalam.

Aktivis media sosial, Shafiq Halim menegaskan, tindakan tegas mengikut lunas undang-undang perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendalangi agenda berkenaan.

“Pendedahan yang dibuat oleh Raja Azman Raja Petra dalam sesi siaran langsung di TikTok semalam adalah satu perkara yang amat serius dan tidak boleh dipandang ringan.

“Beliau mendakwa telah menerima bayaran sebanyak RM45,000 daripada pihak tertentu beserta arahan khusus untuk menyerang Sultan Selangor dan Sultan Pahang kerana ketidakpuasan hati pihak berkenaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shafiq memberi amaran bahawa sekiranya dakwaan tersebut terbukti benar, tindakan itu bukan sahaja mencemarkan martabat institusi beraja, malah berpotensi besar membangkitkan perasaan tidak setia dalam kalangan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak Perlembagaan negara.

Tegas beliau, institusi berkenaan wajib dihormati serta dipertahankan sepenuhnya daripada sebarang usaha terancang yang bertujuan untuk menghasut, memfitnah atau menggugat kedudukannya.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama ABAH aspirasi, seorang individu telah mengaku dijanjikan bayaran sebagai balasan untuk ‘bersuara’ terhadap pihak Istana Pahang dan Selangor membabitkan isu tertentu. 

Berdasarkan video tersebut, individu tersebut mendakwa dia telah bersuara kerana terdapat pihak yang tidak bersetuju berhubung isu eksport pasir sungai di Pahang dan ternakan babi di Selangor. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author