Connect with us

Terkini

Hampir 70 tahun merdeka, Malaysia masih takut wujudkan sekolah satu aliran – Dr Anuar

Published

on

Foto: Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad.
  • Pakar pendidikan berkata, walaupun sekolah satu aliran merupakan pendekatan terbaik untuk mewujudkan perpaduan dan membina negara bangsa Malaysia, namun sejarah membuktikan Malaysia ‘takut’ untuk menterjemahkannya ke alam realiti.
  • “Sejarah pendidikan negara telah membuktikan kita memang tak nak sekolah satu aliran wujud, sebab kita takut nak laksanakannya. Setakat melalak sahajalah. Kononnya nak sekolah satu aliran. Sejak merdeka begitulah. Melalak-lalak. Buatnya tidak juga,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Beliau berkata, landskap pendidikan tanah air telah melepaskan dua peluang keemasan untuk merealisasikan sistem persekolahan tersebut akibat kegagalan membuat keputusan yang berani.

KUALA LUMPUR – “Ada berani?”

Itu persoalan yang dilontarkan oleh Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad terhadap cadangan penubuhan sekolah satu aliran di negara ini dengan menyifatkan pelaksanaannya kini hanya bersandarkan pada keberanian politik dan bukannya ketiadaan peluang. 

Beliau berkata, walaupun sekolah satu aliran merupakan pendekatan terbaik untuk mewujudkan perpaduan dan membina negara bangsa Malaysia, namun sejarah membuktikan Malaysia ‘takut’ untuk menterjemahkannya ke alam realiti. 

“Sejarah pendidikan negara telah membuktikan kita memang tak nak sekolah satu aliran wujud, sebab kita takut nak laksanakannya. Setakat melalak sahajalah. Kononnya nak sekolah satu aliran. Sejak merdeka begitulah. Melalak-lalak. Buatnya tidak juga,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, landskap pendidikan tanah air telah melepaskan dua peluang keemasan untuk merealisasikan sistem persekolahan tersebut akibat kegagalan membuat keputusan yang berani. 

Peluang pertama dikesan seawal tahun 1950 tambahnya, menerusi cadangan Laporan Barnes oleh penjajah Inggeris yang mengesyorkan pemansuhan semua sekolah vernakular bagi mewujudkan satu aliran persekolahan berasaskan bahasa Melayu dan Inggeris menjelang kemerdekaan. 

Manakala peluang kedua pula ujarnya, hadir selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika negara diletakkan di bawah tadbir urus Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). 

“Kedua-dua peluang itu telah kita lepaskan. Sebab kita sendiri yang takut untuk buat keputusan mewujudkan sekolah satu aliran, maka sehingga hari ini setelah hampir 70 tahun merdeka, kita masih bertelagah tentang isu sekolah vernakular, isu sijil peperiksaan bersepadu (UEC), isu bahasa kebangsaan dan isu perpaduan. Dan percayalah, keadaan kita akan terus begini sampai ke anak cucu nanti.

“Puncanya? Kerana kita takut untuk buat keputusan laksanakan sekolah satu aliran. Walaupun kita tahu itulah pendekatan terbaik untuk wujudkan perpaduan dan membina negara bangsa Malaysia,” katanya.

Dr. Anuar mendedahkan, garis masa politik negara sebenarnya menyajikan satu lagi peluang luar biasa pada tahun 2022, iaitu susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang menuntut kerjasama blok parti-parti utama seperti UMNO, DAP, PKR, AMANAH serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

“Jika sebelum ini UMNO dan DAP selalu bertelagah tentang isu sekolah satu aliran, sekolah vernakular dan UEC, bukankah tahun 2022 adalah peluang terbaik untuk mereka duduk semeja dan bekerjasama?” soalnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author