Connect with us

Terkini

Notis dah keluar 11 bulan lalu, Kuil Gua Charas masih belum dikosongkan?  – Firdaus Wong

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, mempersoalkan mengapa binaan kuil di Gua Charas masih belum dikosongkan walaupun Notis Amaran Pencerobohan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara telah dikeluarkan sejak Mei 2025.
  • Beliau menegaskan bahawa selepas hampir 11 bulan notis diberikan, tiada tindakan tegas atau pendakwaan dibuat di mahkamah, sedangkan tempoh pengosongan yang ditetapkan hanyalah 30 hari.
  • Beliau melahirkan kebimbangan bahawa kegagalan bertindak secara konsisten boleh menimbulkan persepsi negatif rakyat, termasuk dakwaan ketidakcekapan, pilih kasih atau wujudnya campur tangan politik dan unsur rasuah.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menuntut penjelasan pihak berkuasa berhubung status pengosongan binaan kuil di Gua Charas, Panching yang didakwa masih gagal dikuatkuasakan meskipun Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 telah dikeluarkan sejak Mei tahun lalu. 

Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap kegagalan tindakan undang-undang yang konsisten, yang menurutnya boleh mengundang pelbagai tanggapan negatif daripada rakyat terhadap pihak berkuasa.

“Persoalan saya, adakah notis amaran itu hanya notis kosong tanpa penguatkuasaan yang tegas? Adakah ada ahli politik masuk campur dan mahu ianya diputihkan? Adakah PBT didesak oleh sesiapa untuk memutihkan kuil yang dibina secara haram tersebut?”

“Kenapa setelah notis pengosongan diberikan pada 15 Mei 2025, program-program boleh diteruskan di kuil tersebut dan kenapa kawasan tersebut tidak diletakkan pita penghalang sesiapa dari menceroboh? soalnya dalam satu kenyataan di media sosial

Menurut Firdaus, notis amaran telah diserahkan kepada wakil pihak pengurusan kuil berkenaan pada 15 Mei 2025 dan pengosongan mesti dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diserahkan.

Jika gagal berbuat demikian, tambahnya, pihak berkaitan berdepan tindakan kompaun tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lima tahun atau kedua-duanya.

Namun sehingga kini, iaitu selepas hampir 11 bulan, katanya, ia masih belum dikosongkan serta tiada pihak yang didakwa di mahkamah.

Firdaus berkata, rakyat ingin tahu mengapa kawasan tersebut masih belum dikosongkan setelah hampir setahun notis pengosongan dikeluarkan.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka mengkritik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan mengatakan mereka sebagai tidak cekap serta longlai. 

“Jangan marah kepada rakyat andai rakyat mengkritik PBT hanya keras dan tegas pada Muslim sahaja. Jangan marah kalau rakyat mengesyaki wujudnya rasuah dan salah guna kuasa.

“Kegagalan mengambil tindakan undang-undang secara konsisten pihak berkuasa telah membenarkan wujudnya tanggapan begitu. Ada sesiapa yang boleh menjawab,” soalnya lagi. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author