Connect with us

Terkini

MP DAP gesa Melaka ikut DBKL: Diskaun sewa 50 peratus untuk peniaga

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.
  • Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, langkah ini mampu meringankan beban peniaga, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), di samping menstabilkan ekonomi dan melindungi peluang pekerjaan.
  • Beliau berkata, situasi global yang tidak menentu, khususnya konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran, telah menyebabkan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan serta harga barangan.

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka digesa mengikut jejak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan memberikan diskaun sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua tahun kepada penyewa premis milik kerajaan tempatan.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, langkah ini mampu meringankan beban peniaga, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), di samping menstabilkan ekonomi dan melindungi peluang pekerjaan.

Beliau berkata, situasi global yang tidak menentu, khususnya konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran, telah menyebabkan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan serta harga barangan.

“Peranan kerajaan bukan sekadar mentadbir, tetapi juga membantu rakyat menghadapi cabaran bersama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh sebelum ini mengumumkan bahawa sebanyak 10,000 peniaga di bawah seliaan DBKL menerima pengurangan kadar sewaan tapak 50 peratus selama dua tahun.

Beliau berkata, DBKL dan Perbadanan Labuan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) terawal mengumumkan inisiatif bagi meringankan beban kos sara hidup peniaga, khususnya berikutan kenaikan harga minyak.

Pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan premis tertentu di bawah seliaan DBKL itu berkuat kuasa dari 1 April hingga 31 Disember 2027. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author