Connect with us

Terkini

Malaysia tidak perlu rangsangan, walau krisis Asia Barat – Bank Dunia

Published

on

Foto: Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi
  • Bank Dunia menegaskan bahawa Malaysia tidak memerlukan pakej rangsangan ekonomi buat masa ini walaupun berdepan krisis Asia Barat kerana kadar inflasi negara masih berada pada tahap stabil dan terkawal.
  • Pemberian rangsangan pada ketika ini dikhuatiri hanya akan menambah tekanan inflasi yang lebih tinggi; ia hanya akan dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi merosot secara drastik sehingga menjejaskan pertumbuhan seperti ketika krisis COVID-19.

KUALA LUMPUR — Malaysia tidak memerlukan rangsangan ekonomi walaupun berdepan krisis Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Dr Apurva Sanghi.

Beliau berkata, pemberian rangsangan pada ketika ini hanya akan menambah tekanan inflasi, memandangkan kadar inflasi di Malaysia kekal stabil dan terkawal.

“Setakat ini, rangsangan tidak diperlukan. Memberikan rangsangan sekarang hanya akan menambah dorongan inflasi.

“Rangsangan hanya diperlukan jika kebimbangan inflasi berkembang sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi, seperti yang berlaku semasa krisis COVID-19,” katanya pada sidang media hari ini mengenai Bahagian 1 Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) April 2026 bertajuk ‘Raising the Ceiling, Raising the Floor, Advancing Malaysia’s Jobs and Productivity Agenda’. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author