Terkini
Majlis bertukar kecoh, protes ‘Tangkap Azam Baki’ di WTCKL
- Suasana tenang di WTCKL bertukar kecoh dengan proses terhadap Ketua Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki
- Mereka mengangkat kertas plakad tertera tulisan ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’
- MANDIRI menerusi laman sosial pertubuhan tersebut telah menyiarkan salah satu video berkenaan dengan memaklumkan bahawa dua aktivis Sekretariat Tangkap Azam Baki yang juga koordinator mereka, telah hadir ke WTCKL untuk proses senyap di program melibatkan Azam.
KUALA LUMPUR – Suasana tenang pada Wacana Ilmiah Perdana yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Perdagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bertukar kecoh apabila sekumpulan individu bertindak melakukan protes secara tiba-tiba.
Tindakan itu dilakukan ketika Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyampaikan ucaptama pada program tersebut.
Dalam video yang tular di media sosial itu, kelihatan dua lelaki mengangkat kertas plakad tertera tulisan ‘Tangkap Azam Baki’ dan ‘Azam Baki Simbol Reformati’ ketika ucaptama tersebut berlangsung.
Selain itu, terdapat juga video yang menunjukkan seorang lelaki ditahan oleh anggota keselamatan.
“Tuan, saya ditahan di bawah seksyen berapa?” soalnya sambil dibawa keluar dari dewan berkenaan.
Video seterusnya menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan seorang pegawai pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, MANDIRI menerusi laman sosial pertubuhan tersebut telah menyiarkan salah satu video berkenaan dengan memaklumkan bahawa dua aktivis Sekretariat Tangkap Azam Baki yang juga koordinator mereka, telah hadir ke WTCKL untuk proses senyap di program melibatkan Azam.
Mereka juga menggesa aktivitis-aktivitis berkenaan dibebaskan segera. – The Merdeka Times.