Connect with us

Terkini

DSA 2026 digesa boikot syarikat senjata salur senjata pada Israel

Published

on

Foto: Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua (kanan), Aktivis pro-Palestin, Mythreyar Mutturamalinggam (tengah) dan wakil BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail (kiri).
  • Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua berkata, syarikat-syarikat yang disenarai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) itu tidak layak menyertai pameran atas nama ‘entiti pertahanan’.
  • “Syarikat-syarikat ini bukan menjaga keselamatan, tetapi merupakan pemain yang agresif dalam mencerobohi kedaulatan negara lain. Penganjur seharusnya mematuhi nasihat PBB dan memboikot syarikat-syarikat ini,” ujar beliau.

KUALA LUMPUR – Penganjur Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 seharusnya memboikot penyertaan syarikat-syarikat pertahanan yang disenaraikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pihak yang didakwa bersekongkol dalam genosid di Gaza.

Jurucakap Sekretariat Solidariti Palestin, Tian Chua berkata, syarikat-syarikat yang disenarai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PPB) itu tidak layak menyertai pameran atas nama ‘entiti pertahanan’.

“Syarikat-syarikat ini bukan menjaga keselamatan, tetapi merupakan pemain yang agresif dalam mencerobohi kedaulatan negara lain. Penganjur seharusnya mematuhi nasihat PBB dan memboikot syarikat-syarikat ini,” ujar beliau.

Beliau ditemui ketika menyertai perhimpunan aman di hadapan Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MiTEC) bagi membantah penyertaan syarikat-syarikat tersebut pada pameran yang sedang berlangsung di pusat berkenaan.

Satu memorandum bantahan yang disokong oleh 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut diserahkan oleh wakil BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Nazari Ismail kepada wakil penganjur pameran.

Memorandum tersebut antara lain menggesa syarikat-syarikat senjata berkenaan dihalang daripada menyertai senarai pempamer ekspo tersebut di samping menggesa penganjur untuk mengeluarkan kenyataan awam yang mempertegas komitmen terhadap undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Selain itu, memorandum itu turut menggesa pihak penganjur mewujudkan satu mekanisme saringan bagi program-program akan datang berdasarkan dapatan PBB dan lain-lain maklumat hak asasi manusia yang boleh dipercayai.

Mengulas lanjut, Tian Chua menjelaskan, pihaknya berharap syarikat-syarikat yang disenaraihitamkan oleh PBB tersebut tidak lagi dijemput untuk menyertai pameran tersebut pada masa hadapan. 

Dalam masa sama, beliau turut mengaitkan industri senjata global dengan krisis kos sara hidup yang melanda kini dan mendakwa, syarikat pembekal senjata mengawal agenda kuasa besar serta menggalakkan peperangan.

“Saya rasa satu dunia sekarang ini telah sedar bahawa perang bukan penyelesaian ‘war is not a solution’ (sebaliknya) kita harus berunding, kita harus berdamai. Dan ada syarikat-syarikat yang ada kepentingan ini tetap menggalakkan peperangan.

“Mereka melobi ahli-ahli politik, mengawal kerajaan dan mencetuskan ketegangan serta konflik di antara negara supaya mereka boleh jual senjata api…,” katanya.

Dalam pada itu, aktivis pro-Palestin, Mythreyar Mutturamalinggam, melahirkan rasa kecewa ekoran penglibatan syarikat-syarikat tersebut pada pemeran berkenaan.

“Ini bukan soal agama atau kaum, ini atas nama perikemanusiaan. Saya kecewa kerana di pentas politik kita mendengar slogan menentang penindasan, tetapi pada masa yang sama pameran ini memberi ruang kepada penjual senjata yang didakwa menyebabkan kematian ribuan rakyat tidak berdosa,” katanya. – The Merdeka Times

Semasa membentangkan laporan terbarunya bertajuk From Economy of Occupation to Economy of Genocide, pakar hak asasi manusia PBB, Francesca Albanese menggesa negara anggota pertubuhan itu mengenakan sekatan penuh terhadap Israel susulan kempen genosid dilancarkan rejim itu di Semenanjung Gaza. 

Langkah ini, tambah beliau, termasuk embargo senjata, penggantungan perjanjian perdagangan, dan pemutusan hubungan kewangan.  

Laporan setebal 24 muka surat itu menamakan lebih 60 syarikat yang didakwa terlibat dalam menyokong penempatan haram Israel dan operasi ketenteraan di Gaza. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author