Connect with us

Terkini

Bersih anjur himpunan 25 April, Desak tangkap Azam Baki

Published

on

Foto: BERSIH
  • Bersih mengajak orang ramai untuk menyertai satu himpunan aman di Dataran Merdeka pada 25 April 2026 sebagai tanda protes terhadap isu rasuah dan tadbir urus dalam agensi penguatkuasaan negara.
  • Menurut kenyataan itu, tuntutan pertama ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan kewujudan elemen “mafia korporat” dalam agensi penguatkuasaan.
  • “Tuntutan kedua adalah agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ditangkap serta pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap SPRM,” menurut kenyataan tersebut.

KUALA LUMPUR – Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selaku penganjur bersama melalui Sekretariat Tangkap Azam Baki mengajak orang ramai untuk menyertai satu himpunan aman di Dataran Merdeka pada 25 April 2026 sebagai tanda protes terhadap isu rasuah dan tadbir urus dalam agensi penguatkuasaan negara.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, sekretariat itu memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut digerakkan dengan tiga tuntutan utama yang disifatkan sebagai langkah penting bagi memulihkan integriti institusi negara.

Menurut kenyataan itu, tuntutan pertama ialah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan kewujudan elemen “mafia korporat” dalam agensi penguatkuasaan.

“Tuntutan kedua adalah agar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ditangkap serta pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap SPRM,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, penganjur turut menuntut jaminan kebebasan bersuara kepada pertubuhan masyarakat sivil (CSO), aktivis, ahli akademik dan rakyat umum yang mengkritik isu rasuah serta salah laku dalam pentadbiran.

Himpunan yang dirancang itu dilihat sebagai sebahagian daripada tekanan awam yang semakin meningkat terhadap institusi penguatkuasaan agar lebih telus, bebas daripada pengaruh luar dan bertanggungjawab kepada rakyat.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung seruan himpunan tersebut, termasuk sama ada permit perhimpunan telah dipohon atau diluluskan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author