Connect with us

Terkini

BDS Malaysia seru rakyat bangkit bantah ‘penjenayah perang’ di MITEC

Published

on

Foto: BDS Malaysia
  • Satu perhimpunan aman bagi membantah penglibatan syarikat pengeluar senjata yang didakwa terlibat dalam jenayah perang dan genosid dijadualkan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC),  pada 20 April depan dari pukul 9 hingga 11 pagi.
  • “Kita tidak boleh membiarkan mereka mempamerkan jenayah terhadap kemanusiaan mereka di sini atau di mana-mana sahaja. Syarikat-syarikat ini sering berselindung di sebalik retorik ‘keselamatan negara’, tetapi hakikatnya mereka sedang melakukan jenayah perang.,” katanya.

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman bagi membantah penglibatan syarikat pengeluar senjata yang didakwa terlibat dalam jenayah perang dan genosid dijadualkan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada 20 April depan. 

BDS Malaysia dalam satu hantaran di laman Facebook menggesa agar syarikat-syarikat yang terus menjual senjata, yang didakwa digunakan untuk membunuh di Palestin, Sudan, Congo, Lubnan, dan Iran ini ditolak. 

“Kita tidak boleh membiarkan mereka mempamerkan jenayah terhadap kemanusiaan mereka di sini atau di mana-mana sahaja. Syarikat-syarikat ini sering berselindung di sebalik retorik ‘keselamatan negara’, tetapi hakikatnya mereka sedang melakukan jenayah perang.” katanya dalam satu kenyataan. 

Kumpulan itu turut mengajak anggota masyarakat untuk menyatakan bantahan pada terhadap pihak tersebut perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 9 hingga 11 pagi itu. 

“Mari kita bersatu dan membantah penjenayah perang ini,” katanya. 

Krisis kemanusiaan yang melanda beberapa negara ketika ini telah mencapai tahap yang sangat membimbangkan akibat konflik bersenjata dan serangan berterusan yang meragut ribuan nyawa orang awam.  

 Situasi di negara-negara ini, terutamanya genosid yang sedang berlaku di Palestin, telah mencetuskan gelombang bantahan global terhadap mana-mana pihak yang dianggap sebagai pemudah cara kepada jenayah perang melalui pembekalan logistik dan sokongan yang membolehkan keganasan tersebut berlanjutan. Di Malaysia, sentimen penolakan terhadap entiti yang didakwa mendapat keuntungan daripada konflik di negara-negara bergolak ini semakin meningkat, dengan gesaan agar Malaysia bebas daripada sebarang pengaruh syarikat yang terpalit dengan jenayah terhadap kemanusiaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author