Connect with us

Terkini

Babi tak sama haiwan lain, penyebar penyakit berbahaya – Pakar kesihatan awam

Published

on

Foto: Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pengurusan Kesihatan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh.
  • Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pengurusan Kesihatan) UKM, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keunikan fisiologi babi menjadikannya perumah serta ejen penyebar  pelbagai penyakit berbahaya seperti virus Nipah, selesema babi, yang tidak terdapat pada haiwan ternakan lain.
  • Menurutnya, sejarah penularan virus Nipah di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu bukti nyata bagaimana aktiviti penternakan seumpama itu boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran dan kesihatan manusia.
  • “Selain itu, risiko jangkitan parasit seperti cacing pita yang boleh menyerang organ dalaman manusia, termasuk otak,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times, hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan menyamakan industri penternakan babi dengan ternakan haiwan lain adalah tidak tepat sama sekali memandangkan haiwan tersebut mempunyai perbezaan ketara dari sudut fisiologi dan profil risiko penyakit yang jauh lebih kompleks.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Pengurusan Kesihatan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, keunikan fisiologi babi menjadikannya perumah serta ejen penyebar kepada pelbagai penyakit berbahaya yang tidak terdapat pada haiwan ternakan lain. 

Menurutnya, sejarah penularan virus Nipah di Negeri Sembilan suatu ketika dahulu merupakan bukti nyata bagaimana aktiviti penternakan seumpama itu boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran dan kesihatan manusia.

“Fisiologi haiwan ini menjadikannya ‘amplifier’ kepada pelbagai virus berbahaya seperti virus Nipah, selesema babi dan pelbagai jenis influenza yang boleh bermutasi serta menjangkiti manusia. 

“Selain itu, risiko jangkitan parasit seperti cacing pita yang boleh menyerang organ dalaman manusia, termasuk otak,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times, hari ini.

Isu penternakan babi di Selangor kembali hangat semalam apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP membangkitkan hujah bahawa perkara tersebut menyentuh hak kesamarataan warganegara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki berkata, isu penternakan babi tidak seharusnya dilihat secara berbeza berbanding ternakan lain, malah perlu dinilai dalam kerangka hak sama rata di bawah undang-undang.

Menurutnya Siew Ki, penternakan babi tidak seharusnya dibezakan daripada penternakan haiwan yang lain kerana mendakwa risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti yang dihadapi penternakan haiwan yang lain

Menyentuh mengenai dakwaan bahawa teknologi moden mampu menangani isu pencemaran, Sharifa Ezat mempersoalkan jaminan pelaksanaan sistem tersebut di Malaysia. 

Beliau berpendapat, kejayaan sistem penternakan di negara luar seperti China mungkin disokong oleh modal yang sangat besar dan pengurusan yang sangat ketat, yang mana belum tentu dapat dibuktikan keberkesanannya dalam konteks di negara ini..

“Apa jaminan kita bahawa sistem rawatan sisa ini akan sentiasa berfungsi dengan sempurna? Jika tidak dirawat dengan teliti, sisa najis ternakan boleh menyebabkan pencemaran air yang serius, meningkatkan tahap toksik dalam sungai dan mengurangkan kadar oksigen yang menjejaskan ekosistem akuatik,” katanya.

Beliau turut berpendapat, keuntungan langsung daripada industri tersebut dikhuatiri hanya dinikmati oleh segelintir pihak seperti penternak dan pembekal namun beban risiko kesihatan serta gangguan persekitaran terpaksa ditanggung oleh penduduk setempat.

“Apabila berlaku pencemaran bau, peningkatan populasi lalat, atau risiko jangkitan penyakit, rakyat di sekitar kawasan tersebut yang tidak mendapat sebarang manfaat ekonomi daripada industri ini akan menjadi mangsa utama,” tambahnya.

Beliau menyimpulkan bahawa buat masa ini, potensi keburukan aktiviti penternakan babi berskala besar dilihat jauh melebihi manfaatnya. 

Beliau menyeru agar sebarang keputusan dasar mengenai perkara ini dibuat berasaskan pembuktian yang kukuh serta mengambil kira faktor keselamatan dan kesejahteraan awam secara menyeluruh. – The Merdeka Time

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author