Connect with us

Terkini

Al-Aqsa ditutup 40 hari, Dunia Islam sekadar mengecam – Hamas

Published

on

Foto: Ahli Biro Politik Hamas, Dr. Basem Naim.
  • Ahli Biro Politik Hamas, Dr. Basem Naim mendakwa penutupan Masjid Al-Aqsa selama 40 hari merupakan peristiwa luar biasa yang berlaku buat kali pertama dalam tempoh kira-kira 800 tahun, namun negara-negara Arab dan umat Islam gagal menunjukkan respon yang signifikan terhadap penutupan institusi keagamaan di Al-Quds.
  • “Berdasarkan sejarah kami dengan rejim Zionis, mereka akan melihat reaksi. Jika tiada tindak balas daripada negara atau rakyat, mereka akan pergi ke langkah seterusnya,” katanya.

KUALA LUMPUR – Ahli Biro Politik Hamas, Dr. Basem Naim mendakwa penutupan Masjid Al-Aqsa selama 40 hari merupakan peristiwa luar biasa yang berlaku buat kali pertama dalam tempoh kira-kira 800 tahun, namun tidak disusuli tindakan tegas daripada dunia Islam.

Menurut beliau, walaupun terdapat kecaman terhadap tindakan tersebut, ia tidak diterjemahkan kepada langkah konkrit yang mampu memberi tekanan kepada Israel.

“Malangnya, ia ditutup buat kali pertama selepas 800 tahun, tetapi tiada tindak balas serius. Hanya ada kecaman di sana sini, namun tiada tindakan tegas diambil terhadap langkah ini,” katanya sewaktu ditemui The Merdeka Times semalam.

Beliau menegaskan, berdasarkan pengalaman lalu, rejim Israel lazimnya akan menilai reaksi antarabangsa sebelum meneruskan tindakan seterusnya.

“Berdasarkan sejarah kami dengan rejim Zionis, mereka akan melihat reaksi. Jika tiada tindak balas daripada negara atau rakyat, mereka akan pergi ke langkah seterusnya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mendakwa negara-negara Arab dan umat Islam gagal menunjukkan respon yang signifikan terhadap penutupan institusi keagamaan di Al-Quds.

“Malangnya, dunia Arab dan Islam tidak menunjukkan respon serius terhadap penutupan masjid dan gereja di Al-Quds,” katanya lagi.

Terdahulu, Basem Naim mendakwa Israel mengambil kesempatan ketika perhatian dunia tertumpu kepada konflik serantau termasuk ketegangan melibatkan Iran serta situasi di Selat Hormuz untuk melaksanakan pelan strategik yang dirangka lebih awal.

Menurutnya, di Tebing Barat, Israel sedang memperluaskan penjajahan wilayah Palestin serta menutup institusi keagamaan termasuk masjid dan gereja sebagai sebahagian daripada pelan tersebut.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author