Connect with us

Terkini

(VIDEO) Zamri Vinoth tidak Lari, Peguam dakwa kenyataan KPN tidak tepat

Published

on

  • Peguam Zamri, Muhammad Hariz Md Yusoff, berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada mahkamah dan menjelaskan bahawa Zamri sebenarnya berada di dalam negara serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
  • “Kenyataan media Ketua Polis Negara adalah tidak tepat. Di mana anak guam kami mengikut rekod pasportnya telah masuk ke Malaysia semula pada 12 Mac 2026. Siaran media pihak Ketua Polis Negara bertarikh 13 Mac 2026 pada sebelah malam,” jelas beliau.

KUALA LUMPUR – Peguam kepada penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu menafikan dakwaan bahawa anak guamnya melarikan diri dari negara seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Peguam Zamri, Muhammad Hariz Md Yusoff, berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada mahkamah dan menjelaskan bahawa Zamri sebenarnya berada di dalam negara serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Menurut beliau, rekod perjalanan pasport menunjukkan bahawa Zamri telah memasuki semula Malaysia pada 12 Mac 2026, iaitu sehari sebelum kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara pada malam 13 Mac 2026.

“Kenyataan media Ketua Polis Negara adalah tidak tepat. Di mana anak guam kami mengikut rekod pasportnya telah masuk ke Malaysia semula pada 12 Mac 2026. Siaran media pihak Ketua Polis Negara bertarikh 13 Mac 2026 pada sebelah malam,” jelas beliau.

Muhammad Hariz turut menegaskan bahawa Zamri hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan serta memberi kerjasama kepada pihak polis dan pendakwa raya.

Beliau berkata tindakan Zamri untuk hadir ke mahkamah membuktikan kesediaannya untuk berdepan proses perundangan secara adil.

Menurutnya lagi, perjalanan Zamri ke Thailand sebelum ini adalah atas urusan perniagaan kerana aktivis tersebut mempunyai kegiatan perniagaan di negara berkenaan.

Polis sebelum ini mengesahkan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri yang disiasat melibatkan beberapa kes berasingan telah melarikan ke Thailand.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, usaha mengesan dua individu terbabit ketika itu dijalankan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author