Connect with us

Terkini

“Zamri digari, Arun tidak” – Firdaus Wong persoal layanan berbeza

Published

on

Foto: Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu (kiri) dan Arun Dorasamy (kanan).
  • Dalam satu kenyataan di media sosial, Firdaus berkata aktivis Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Arun Dorasamy masing-masing didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, namun mendakwa wujud perbezaan dalam cara kedua-dua individu itu dilayan oleh pihak berkuasa.
  • “Zamri bergari, Arun tidak bergari! Zamri dikawal ketat polis, Arun diiringi Timbalan Menteri Undang-Undang dari DAP tanpa dikawal polis!,” soal beliau.

KUALA LUMPUR — Pendakwah bebas, Firdaus Wong mempersoalkan apa yang didakwanya sebagai layanan berbeza terhadap dua aktivis yang didakwa di mahkamah pada hari yang sama di bawah peruntukan undang-undang yang sama.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Firdaus berkata aktivis Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dan Arun Dorasamy masing-masing didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, namun mendakwa wujud perbezaan dalam cara kedua-dua individu itu dilayan oleh pihak berkuasa.

Menurutnya, Zamri Vinoth yang merupakan penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari serta dikawal ketat oleh anggota polis.

Sebaliknya, beliau mendakwa Arun Dorasamy tidak digari ketika hadir ke mahkamah dan diiringi seorang Timbalan Menteri Undang-Undang daripada DAP tanpa kawalan ketat pihak polis.

“Zamri bergari, Arun tidak bergari! Zamri dikawal ketat polis, Arun diiringi Timbalan Menteri Undang-Undang dari DAP tanpa dikawal polis!,” soal beliau.

Firdaus turut mendakwa bahawa Zamri sebelum ini diburu oleh pihak berkuasa sehingga ke peringkat antarabangsa sebelum ditahan, manakala Arun pula hanya diminta hadir secara sukarela untuk menghadapi pertuduhan walaupun kesalahan yang didakwa adalah sama.

Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan kerana membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam atau mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author