Connect with us

Terkini

Zainul Rijal pertahan himpunan bantah rumah anutan haram, Tegas hak bersuara dijamin Perlembagaan

Published

on

Foto: Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  • “Siapa nak buat huru hara? Siapa nak buat provokasi? Himpunan hanya mahu menzahirkan pandangan sahaja dan ia dibenarkan oleh Perlembagaan,” – Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
  • Zainul Rijal juga menegaskan bahawa umat Islam sendiri tidak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya pembinaan rumah ibadat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • “Masjid dan surau pun pernah dirobohkan kerana tidak mengikut peraturan. Orang Islam hanya mahu semuanya mengikut peraturan dan undang-undang. Ada orang Islam play victim?” soal beliau.

KUALA LUMPUR – Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mempertahankan penganjuran perhimpunan membantah kewujudan rumah ibadat yang didakwa tidak mematuhi peraturan, dengan menegaskan bahawa himpunan tersebut sekadar bertujuan menzahirkan pandangan dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mempersoalkan dakwaan bahawa perhimpunan berkenaan bertujuan mencetuskan provokasi atau huru-hara, sebaliknya menegaskan bahawa hak berhimpun secara aman adalah hak asas yang dilindungi oleh undang-undang negara.

“Siapa nak buat huru hara? Siapa nak buat provokasi? Himpunan hanya mahu menzahirkan pandangan sahaja dan ia dibenarkan oleh Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa isu yang dibangkitkan bukan berkaitan sentimen agama semata-mata, tetapi berkaitan pematuhan terhadap undang-undang serta hak pemilik tanah yang didakwa dinafikan akibat pencerobohan.

Menurutnya, tidak kira apa agama sekalipun, pemilik tanah mempunyai hak yang sepatutnya dihormati dan sebarang pembinaan yang melanggar peraturan perlu ditangani mengikut undang-undang sedia ada.

Zainul Rijal juga menegaskan bahawa umat Islam sendiri tidak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan sekiranya pembinaan rumah ibadat tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Masjid dan surau pun pernah dirobohkan kerana tidak mengikut peraturan. Orang Islam hanya mahu semuanya mengikut peraturan dan undang-undang,” katanya.

Kenyataan tersebut dibuat ketika kontroversi berhubung perhimpunan yang dinamakan “Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram” di hadapan Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, terus menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong menggesa agar penganjur membatalkan perhimpunan antikuil tersebut yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP itu turut meminta pihak polis mengambil tindakan tegas bagi memastikan tiada demonstrasi diadakan, dengan alasan bahawa perhimpunan sedemikian berpotensi mengapi-apikan kebencian serta menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author