Connect with us

Terkini

Trump ugut putuskan hubungan dengan Sepanyol

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk “memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol” kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.
  • “Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol,” kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.

WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa mengancam untuk “memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol” kerana keengganan Sepanyol membenarkan tentera AS menggunakan pangkalannya untuk serangan ke atas Iran, sambil berkata beliau juga tidak berpuas hati dengan Britain, lapor Xinhua.

“Kami akan memutuskan semua perdagangan dengan Sepanyol. Kami tidak mahu apa-apa kaitan dengan Sepanyol,” kata Trump kepada pemberita pada awal perbincangannya dengan Canselor Jerman Friedrich Merz di Pejabat Oval.

“Saya juga tidak berpuas hati dengan UK (United Kingdom),” kata Trump.

Perdana Menteri Britain Keir Starmer memberitahu Parlimen pada Isnin bahawa Britain tidak menyertai serangan AS-Israel ke atas Iran.

Merz ialah pemimpin asing pertama bertemu Trump secara peribadi sejak pentadbiran AS melancarkan serangan udara berskala besar terhadap Iran pada pagi Sabtu.

Kedua-dua pemimpin berkata operasi Iran akan menjadi topik utama semasa mesyuarat tertutup mereka.

— BERNAMA-XINHUA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author