Connect with us

Terkini

Tolak MP gagalkan RUU had 10 tahun Perdana Menteri dalam PRU – Fadhlina

Published

on

Foto: Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
  • Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, Wanita PKR menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut kerana RUU berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen reformasi institusi yang menjadi teras perjuangan parti sejak sekian lama.
  • “Mereka (Ahli Parlimen) wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” tegasnya.

KUALA LUMPUR – Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek menyifatkan tindakan sebahagian Ahli Parlimen yang tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan reformasi institusi sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap agenda pembaharuan negara.

Kenyataan itu susulan kegagalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun daripada memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan berkata, Wanita PKR menzahirkan rasa kecewa terhadap keputusan tersebut kerana RUU berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen reformasi institusi yang menjadi teras perjuangan parti sejak sekian lama.

Menurut beliau, cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri adalah langkah penting bagi memastikan amalan demokrasi yang lebih sihat, mengelakkan penumpuan kuasa berpanjangan serta memperkukuh sistem semak dan imbang dalam pentadbiran negara.

“Rakyat juga berhak mempersoal keputusan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini sekali gus mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa Ahli Parlimen yang enggan menyokong RUU berkenaan wajar dinilai oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

“Mereka (Ahli Parlimen) wajar ditolak sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” tegasnya.

Dalam pada itu, Fadhlina menegaskan bahawa Wanita PKR akan terus berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi negara.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author