Connect with us

Terkini

Tiga lelaki bersenjata parang serang rumah Cikgu Chandra – Firdaus Wong

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Menerusi satu hantaran di media sosial, Firdaus berkata beliau menerima panggilan daripada Cikgu Chandra yang dalam keadaan cemas memaklumkan bahawa rumahnya telah diserang oleh tiga lelaki tidak dikenali.
  • Tiga suspek yang memakai topeng penuh dilaporkan memasuki perkarangan rumah mangsa sebelum bertindak memecahkan cermin kereta serta tingkap kediaman tersebut.
  • “‘Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!’ Cikgu Chandra hubungi saya dengan nafas tercungap-cungap,” katanya dalam hantaran tersebut.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa Cikgu Chandra menjadi sasaran serangan oleh sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang dalam satu kejadian di kawasan perumahan di Puchong.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Firdaus berkata beliau menerima panggilan daripada Cikgu Chandra yang dalam keadaan cemas memaklumkan bahawa rumahnya telah diserang oleh tiga lelaki tidak dikenali.

Menurutnya, tiga suspek yang memakai topeng penuh dilaporkan memasuki perkarangan rumah mangsa sebelum bertindak memecahkan cermin kereta serta tingkap kediaman tersebut.

Firdaus berkata suspek turut cuba memecah masuk ke dalam rumah berkenaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni kediaman tersebut.

“‘Brother, ada orang nak cuba bunuh saya!’ Cikgu Chandra hubungi saya dengan nafas tercungap-cungap,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut mempersoalkan siapakah pelaku serta dalang di sebalik serangan tersebut dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian itu.

Menurut Firdaus, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan dan sedang dalam perjalanan ke lokasi ketika kejadian dilaporkan.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa rakan telah membantu memindahkan keluarga Cikgu Chandra ke lokasi yang lebih selamat sementara menunggu perkembangan siasatan pihak berkuasa.

Lokasi baharu keluarga mangsa dirahsiakan atas faktor keselamatan.

Firdaus turut berharap agar pihak polis dapat mengenal pasti serta menahan semua individu yang terlibat termasuk mana-mana pihak yang didakwa menghasut sehingga berlakunya kejadian tersebut.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berhubung insiden berkenaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author