Connect with us

Terkini

Tentera AS dakwa diberi naratif kedatangan hari kiamat untuk sokong perang Iran

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump.
  • Hampir 30 ahli Parti Demokrat di Kongres AS menuntut siasatan dalaman berhubung ratusan aduan daripada anggota tentera AS yang mendakwa bahawa perang AS–Israel terhadap Iran telah digambarkan kepada mereka sebagai satu ramalan kitab Bible untuk mempercepatkan kedatangan semula Jesus Christ dan hari kiamat.
  • “Jika benar, kenyataan yang keterlaluan ini, bukan sahaja menimbulkan kebimbangan besar terhadap Perlembagaan, malah berpotensi melanggar peraturan Jabatan Pertahanan mengenai sikap berkecuali dalam hal agama,” jelas intipati surat tuntutan berkenaan

WASHINGTON – Hampir 30 ahli Parti Demokrat di Kongres Amerika Syarikat (AS) menuntut satu siasatan dalaman berhubung ratusan aduan daripada anggota tentera AS yang mendakwa perang AS–Israel terhadap Iran telah digambarkan kepada mereka sebagai satu ramalan kitab Bible untuk mempercepatkan kedatangan semula Jesus Christ dan hari kiamat.

Roya News melaporkan surat mereka kepada Ketua Jabatan Perang diperoleh laman berita Military.com.

Ia ditandatangani beberapa ahli progresif termasuk Ahli Kongres Michigan, Rashida Tlaib, Ahli Kongres Minnesota, Ilhan Omar, dan Ahli Kongres Washington Pramila Jayapal.

Bekas Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi, turut menandatangani surat tersebut.

Menurut surat itu, para komander telah menggunakan “ramalan keagamaan dan teologi kiamat untuk membenarkan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat di Iran”.

“Jika benar, kenyataan yang keterlaluan ini, bukan sahaja menimbulkan kebimbangan besar terhadap Perlembagaan, malah berpotensi melanggar peraturan Jabatan Pertahanan mengenai sikap berkecuali dalam hal agama.

Ia juga melanggar tanggungjawab profesional dan piawaian yang dijangka daripada kepimpinan tentera,” tulis para penggubal undang-undang tersebut, merujuk kepada Jabatan Perang. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author