Connect with us

Terkini

Prof USIM bidas Ti Lian Ker: Jangan putar belit isu kuil haram

Published

on

Foto: Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia,Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Profesor Dr Rafidah Hanim menegaskan pelbagai akta di Malaysia menggunakan istilah “haram”, antaranya melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kemasukan dan penggajian pendatang tanpa izin, kesalahan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram serta aktiviti seperti lumba haram dan pembuangan sampah haram.
  • “Berhentilah cuba memutar belit dan memanipulasi isu ini. Perkataan ‘haram’ bukan hanya digunakan dalam konteks agama, sebaliknya ia juga digunakan dalam pelbagai akta undang-undang di negara ini kerana dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud tidak sah atau menyalahi undang-undang (illegal).
  • Isu ini sejak awal sebenarnya berkaitan undang-undang dan kesahihan dari sudut perundangan, tetapi ahli politiklah yang cuba memesongkannya menjadi isu agama,” tegas beliau.

KUALA LUMPUR – Profesor Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia,Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar membidas kenyataan bekas Naib Presiden Malaysian Chinese Association (MCA), Ti Lian Ker berhubung penggunaan istilah “haram” dalam isu pembinaan kuil tanpa kebenaran.

Dalam satu kenyataan di media sosial, Prof Dr Rafidah menegaskan bahawa istilah “haram” bukan semata-mata mempunyai konotasi agama, sebaliknya turut digunakan secara meluas dalam konteks undang-undang di Malaysia bagi merujuk kepada sesuatu yang bersifat tidak sah atau menyalahi undang-undang.

Beliau menjelaskan bahawa pelbagai akta di Malaysia menggunakan istilah “haram”, antaranya melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 berkaitan kemasukan dan penggajian pendatang tanpa izin, kesalahan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram serta aktiviti seperti lumba haram dan pembuangan sampah haram.

Menurut Rafidah, istilah sama turut digunakan dalam konteks pembinaan struktur tanpa kebenaran yang dirujuk sebagai “binaan haram” di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1957.

“Berhentilah cuba memutar belit dan memanipulasi isu ini. Perkataan ‘haram’ bukan hanya digunakan dalam konteks agama, sebaliknya ia juga digunakan dalam pelbagai akta undang-undang di negara ini kerana dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud tidak sah atau menyalahi undang-undang (illegal).

“Isu ini sejak awal sebenarnya berkaitan undang-undang dan kesahihan dari sudut perundangan, tetapi ahli politiklah yang cuba memesongkannya menjadi isu agama,” tegas beliau.

Beliau turut merujuk kepada rekod perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor yang menyebut mengenai isu binaan haram di atas tanah tanpa kebenaran, termasuk struktur rumah ibadat yang didirikan tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Kenyataan itu dilihat sebagai respons kepada Ti Lian Ker yang sebelum ini berhujah bahawa penggunaan perkataan “haram” terhadap rumah ibadat berisiko menimbulkan tafsiran agama dan boleh menukar isu undang-undang kepada polemik keagamaan.

Dalam kenyataannya, Ti Lian Ker menegaskan bahawa pertikaian berkaitan tanah dan rumah ibadat sepatutnya diselesaikan melalui proses undang-undang serta prosedur mahkamah, bukannya melalui pelabelan yang boleh menimbulkan ketegangan antara agama.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author