Connect with us

Terkini

‘Pergi Tangkap!’: Rafizi dedah pertemuan sulit kekang pengaruh Farhash

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.
  • Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Nurul Izzah menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dikatakan semakin kuat dalam parti.
  • Menurut Rafizi, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut meluahkan kebimbangan berkaitan tekanan dan pengaruh Farhash.
  • “Punchline aku kata, aku tak faham ni… Izzah ni anak Perdana Menteri… Saifuddin ni Menteri Dalam Negeri… buat apa kita nak ambil jalan panjang… Saifuddin, you pergi tangkap,” katanya.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendedahkan satu episod dalaman yang didakwa berlaku ketika kemelut pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), melibatkan pertemuan bersama Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Rafizi, beliau pernah dipelawa oleh Nurul Izzah untuk bergabung dan menerima jawatan Timbalan Presiden secara lantikan sebagai usaha menyatukan kekuatan dalam parti.

Katanya, pertemuan itu diadakan di kediaman Saifuddin atas dasar menghormati hubungan lama mereka.

“Walaupun saya dah tutup buku, saya pergi juga sebab hormat. Kami kenal lama,” katanya dalam sebuah podcast.

Dalam pertemuan tersebut, Rafizi mendakwa Nurul Izzah menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh bekas Setiausaha Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang dikatakan semakin kuat dalam parti.

Beliau berkata, cadangan gabungan itu bertujuan untuk mengekang pengaruh Farhash yang didakwa berpotensi menguasai parti.

“Izzah offer untuk menjadi timbalan presiden dilantik… yang aku belum pernah cerita sebelum ini,” katanya.

“Alasan kenapa Izzah merayu, kita mesti bergabung Raf untuk menyelamatkan parti… sebabnya ialah… kita mesti bergabung untuk melawan Farhash dalam parti,” katanya.

Rafizi turut memetik kebimbangan yang dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

“Kalau tidak Farhash ni akan kawal semua… dalam pemilihan akan datang, dia akan bertanding sama ada timbalan presiden atau naik presiden… maka dia akan ambil alih parti dan rosaklah parti,” katanya.

Menurut Rafizi, Saifuddin turut meluahkan kebimbangan berkaitan tekanan dan pengaruh Farhash, termasuk dakwaan melibatkan institusi serta urusan kontrak, namun tiada bukti lanjut dikemukakan.

“Saifuddin ceritalah… meluahkan perasaan dia tentang Farhash, tekanan, pengaruh semua ni dalam PDRM, dalam kontrak, semua ni,” katanya.

Namun, Rafizi berkata beliau mempersoalkan mengapa tindakan terus tidak diambil jika dakwaan tersebut serius.

“Punchline aku kata, aku tak faham ni… Izzah ni anak Perdana Menteri… Saifuddin ni Menteri Dalam Negeri… buat apa kita nak ambil jalan panjang… Saifuddin, you pergi tangkap,” katanya.

Menurut Rafizi, jawapan yang diterima ketika itu menjadi titik kegagalan pertemuan tersebut.

“Saifudin kata ‘Saya boleh tapi dengan syarat Anwar Ibrahim bagi’,” katanya merujuk kepada respons Saifuddin.

Beliau berkata pertemuan itu akhirnya tidak mencapai kata sepakat.

Rafizi turut memberi bayangan bahawa lebih banyak pendedahan akan dibuat secara berperingkat.

“Kau kena ingat aku ni, aku akan kopek kupas satu-satu… belajarlah daripada Iran, hantar drone dulu. Jangan hantar misil terus,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author