Terkini
Penasihat Trump mengaku tersilap ramal tindak balas Iran dan kesan pasaran minyak
- Sumber dalaman AS memberitahu tindak balas agresif Iran memaksa Washington menyemak semula rancangannya dan mula memindahkan kakitangan kedutaan di seluruh rantau tersebut.
- Sumber tersebut berkata, dalam pentadbiran Trump, terdapat peningkatan mereka yang tidak berapa yakin kerana ketiadaan strategi keluar yang jelas daripada perang dengan Iran.
- Menurut sumber itu lagi, pentadbiran Trump dan para penasihatnya telah tersilap menilai kedua-duanya: kemungkinan tindak balas Iran serta kesan konflik tersebut terhadap pasaran minyak global.
WASHINGTON – Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Presiden, Donald Trump tersilap ramal tindak balas Iran dan kesan perang terhadap pasaran minyak.
Sumber dalaman AS yang mengetahui perkara itu memberitahu The New York Times dan dipetik Middle East Monitor, bahawa tindak balas agresif Iran telah memaksa Washington menyemak semula rancangannya dan mula memindahkan kakitangan kedutaan di seluruh rantau tersebut.
Sumber tersebut berkata, dalam pentadbiran Trump, terdapat peningkatan mereka yang tidak berapa yakin kerana ketiadaan strategi keluar yang jelas daripada perang dengan Iran
Menurut sumber itu lagi, pentadbiran Trump dan para penasihatnya telah tersilap menilai kedua-duanya: kemungkinan tindak balas Iran serta kesan konflik tersebut terhadap pasaran minyak global.
Sumber berkata Trump secara terbuka menegaskan perang itu sedang berjaya, manakala para penasihatnya mengelakkan daripada berhadapan secara langsung dengannya mengenai kebimbangan mereka tentang peningkatan kerumitan operasi ketenteraan di Iran.
Mereka juga berkata bahawa ahli-ahli Parti Republikan bimbang kenaikan harga minyak boleh menjejaskan peluang kemenangan menjelang pilihan raya pertengahan penggal.
Terdahulu, Trump mengumumkan pemusnahan 10 bot dan kapal penabur periuk api di Selat Hormuz.
“Kami berjaya menyerang dan memusnahkan 10 bot serta kapal penabur periuk api yang tidak aktif dalam beberapa jam yang lalu, dan kami akan menyasarkan lebih banyak lagi.
“Mana-mana bot yang cuba menanam periuk api di Selat Hormuz akan berdepan dengan teknologi yang sama digunakan terhadap pengedar dadah,” jelas Trump. – The Merdeka Times