Connect with us

Terkini

Krisis tenaga : Malaysia, China paling kebal, Negara Asia lain ‘vulnerable’ – JPMorgan

Published

on

Foto: Ketua Asia JP Morgan, Rajiv Batra.
  • Menurut Ketua Asia JP Morgan, Rajiv Batra Malaysia memiliki ‘buffer’ atau penampan ekonomi yang kukuh hasil kedudukannya sebagai pengeksport bersih tenaga, khususnya gas.
  • Tambah beliau, faktor lain yang menguatkan kedudukan Malaysia termasuk defisit fiskal yang terkawal hasil dasar kerajaan serta kadar inflasi yang tidak terlalu tinggi.
  • “Ini membolehkan Malaysia menyokong pasaran ekuiti dan juga mata wang dalam situasi mencabar,” jelasnya.

Malaysia disenaraikan antara ekonomi paling stabil di Asia dalam berdepan kejutan tenaga ketika ini, dengan kebanyakan negara lain di rantau tersebut dilihat lebih terdedah kepada risiko, menurut Ketua Asia JP Morgan, Rajiv Batra.

Beliau berkata, dalam persekitaran semasa, hampir semua pasaran di Asia menunjukkan tahap kerentanan yang tinggi kecuali Malaysia dan China yang mempunyai kelebihan struktur ekonomi dan tenaga.

“Jika dilihat dari sudut pasaran, selain China dan Malaysia, hampir semua negara Asia kelihatan terdedah,” katanya.

Menurutnya, Malaysia memiliki ‘buffer’ atau penampan ekonomi yang kukuh hasil kedudukannya sebagai pengeksport bersih tenaga, khususnya gas.

Tambah beliau, faktor lain yang menguatkan kedudukan Malaysia termasuk defisit fiskal yang terkawal hasil dasar kerajaan serta kadar inflasi yang tidak terlalu tinggi.

“Ini membolehkan Malaysia menyokong pasaran ekuiti dan juga mata wang dalam situasi mencabar,” jelasnya.

Selain Malaysia, China turut dilihat berada dalam kedudukan lebih selamat berbanding negara lain di Asia.

Katanya, hanya sekitar lima peratus pengeluaran elektrik China bergantung kepada tenaga import, manakala selebihnya disokong oleh sumber domestik.

China juga mempunyai simpanan strategik tenaga yang besar, dianggarkan mencecah sekitar 1.7 bilion tong, selain alternatif seperti tenaga boleh diperbaharui.

“Tambahan pula, China masih boleh kembali menggunakan arang batu secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, Rajiv menjelaskan bahawa kebanyakan negara Asia lain tidak mempunyai kelebihan yang sama, sekali gus menjadikan mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga tenaga dan gangguan bekalan.

Beliau turut mengingatkan bahawa konflik geopolitik yang berlarutan boleh meningkatkan tekanan terhadap ekonomi global, termasuk risiko kemelesetan sekiranya harga tenaga terus melonjak.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman lalu sejak krisis minyak 1970-an, kejutan bekalan tenaga lazimnya berakhir dengan penyusutan permintaan yang akhirnya menekan pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, gangguan rantaian bekalan akibat kerosakan infrastruktur tenaga boleh mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk pulih sepenuhnya, sekali gus menjejaskan kestabilan pasaran.

Mengulas pasaran saham, beliau berkata unjuran pertumbuhan pendapatan korporat Asia yang sebelum ini sekitar 31 peratus berkemungkinan disemak turun kepada kira-kira 26 peratus akibat tekanan kos tenaga.

Tambahnya, sektor seperti barangan pengguna, utiliti dan syarikat hiliran tenaga dijangka paling terkesan, dengan risiko gelombang kedua dan ketiga turut boleh menjejaskan sektor kewangan serta teknologi.

“Buat masa ini, pasaran masih belum mengambil kira senario terburuk dan lebih menjangka keadaan sederhana,” katanya.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author