Connect with us

Terkini

Kontrak Tan Sri Azam Baki dijangka tidak disambung selepas 12 Mei?

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
  • Kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dijangka tidak akan disambung selepas 12 Mei ini.
  • Perkara itu dilaporkan oleh akhbar Singapura, The Straits Times yang memetik sumber peringkat tinggi kerajaan.
  • “Perdana Menteri telah beberapa kali menegaskan kepada Kabinet dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Azam tidak akan disambung,” kata seorang sumber rasmi kepada The Straits Times.

KUALA LUMPUR – Kontrak perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dijangka tidak akan disambung selepas 12 Mei ini.

Perkara itu dilaporkan oleh akhbar Singapura, The Straits Times yang memetik sumber peringkat tinggi kerajaan.

Memetik laporan berita Harapan Daily, laporan tersebut menyatakan, keputusan berkenaan dikatakan dibuat susulan pelbagai dakwaan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan agensi antirasuah itu serta Azam Baki sendiri.

Kontroversi terhadap Azam Baki dilaporkan semakin meningkat sejak Februari lalu, selain turut diperkatakan sejak beliau pertama kali dilantik menerajui SPRM pada 2020, iaitu dua tahun sebelum Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sumber kerajaan dan perundangan yang mengetahui perkembangan itu mendakwa Azam Baki tidak akan menerima lanjutan kontrak daripada kerajaan yang kini berdepan tekanan supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadapnya.

“Perdana Menteri telah beberapa kali menegaskan kepada Kabinet dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa Azam tidak akan disambung,” kata seorang sumber rasmi kepada The Straits Times yang enggan dinamakan kerana perkara itu masih dalam perbincangan sulit.

Pada Februari lalu, agensi berita Bloomberg melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu didakwa memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Susulan dakwaan tersebut, kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bagi menyiasat perkara berkenaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author