Connect with us

Terkini

Iran penampan strategik halang dominasi AS-Israel di Timur Tengah – Ayman Rashdan Wong

Published

on

Foto: Ayman Rashdan Wong.
  • “Kita mungkin memang tak sehaluan dengan Iran dari banyak segi, samada akidah atau politik. Tapi dari segi percaturan geopolitik global, kita kena terima satu hakikat: Iran memang merupakan penghalang utama buat US dan Israel untuk mencapai hegemoni mutlak di Timur Tengah.
  • “Kalau tak, buat apa diorang nak bersusah payah gerakkan semua aset ketenteraan semata-mata untuk menyerang? Selagi Republik Islam Iran wujud, ia akan kekal menjadi duri dalam daging buat agenda zionis,” jelas beliau dalam hantaran Facebooknya.

KUALA LUMPUR – Penganalisis geopolitik antarabangsa, Ayman Rashdan Wong berpandangan bahawa walaupun banyak negara Islam, termasuk Malaysia, mungkin tidak sehaluan dengan Iran dari sudut akidah atau politik, realiti percaturan geopolitik global memerlukan penilaian yang lebih strategik terhadap peranan Tehran di Timur Tengah.

Menurut beliau, dalam konteks keseimbangan kuasa serantau, Iran dilihat sebagai antara penghalang utama kepada usaha Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk mencapai dominasi mutlak di rantau berkenaan.

“Kita mungkin memang tak sehaluan dengan Iran dari banyak segi, samada akidah atau politik. Tapi dari segi percaturan geopolitik global, kita kena terima satu hakikat: Iran memang merupakan penghalang utama buat US dan Israel untuk mencapai hegemoni mutlak di Timur Tengah.

“Kalau tak, buat apa diorang nak bersusah payah gerakkan semua aset ketenteraan semata-mata untuk menyerang? Selagi Republik Islam Iran wujud, ia akan kekal menjadi duri dalam daging buat agenda zionis,” jelas beliau dalam hantaran Facebooknya.

Katanya, selagi Republik Islam Iran wujud sebagai kuasa serantau, ia akan terus menjadi faktor pengimbang dalam percaturan kuasa Timur Tengah.

Ayman turut mendakwa bahawa sekiranya konflik dengan Iran diselesaikan sepenuhnya, fokus geopolitik Israel berpotensi beralih kepada blok negara-negara majoriti Sunni yang sedang muncul, termasuk Turkiye, Arab Saudi dan Pakistan.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan pakatan tersebut masih dalam keadaan rapuh dan belum mencapai tahap kesepaduan strategik yang kukuh.

Sekiranya Iran dilemahkan atau dijatuhkan lebih awal, blok berkenaan mungkin tidak sempat membina kekuatan mencukupi untuk mencabar dominasi Israel di rantau tersebut.

“Sebab itulah secara realitinya, kita perlukan Iran sebagai “buffer” (penampan) yang menyibukkan US dan Isracau daripada meluaskan cengkaman ke atas negara-negara Islam yang lain.

“Jadi, kita doakan agar perancangan US-Israel tak menjadi kenyataan. Semoga perang ini akhirnya menjadi titik tolak kepada permulaan kejatuhan empayar jahat (evil empire) US-Israel,”tambahnya.

Namun, Ayman menegaskan bahawa sokongan yang dimaksudkan bukan berasaskan kesepakatan ideologi, sebaliknya berpaksikan realiti geopolitik dan keseimbangan kuasa antarabangsa.

Beliau turut menyuarakan harapan agar konflik yang berlaku tidak berkembang menjadi perang serantau yang lebih luas, sebaliknya menjadi titik perubahan terhadap landskap kuasa sedia ada di Timur Tengah.

Setakat ini, ketegangan antara Iran, AS dan Israel terus menjadi tumpuan pemerhati antarabangsa, dengan kebimbangan bahawa sebarang eskalasi berpotensi memberi kesan bukan sahaja kepada rantau berkenaan, malah terhadap kestabilan ekonomi dan keselamatan global.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author