Terkini
“DAP tetap DAP” – Neo Choo Seong sindir slogan ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’
- Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neo Choo Seong berkata tiada perbezaan sebenar antara slogan ‘Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’ sempena sambutan 60 tahun penubuhan DAP.
- “Ada beberapa orang sahabat tanya saya, apa beza Malaysian Malaysia dengan tema baru Malaysia Untuk Rakyat Malaysia?
- “Jawapan saya, bezanya dulu guna bahasa Inggeris, sekarang bahasa Malaysia. Hakikatnya, semua sedia maklum apa yang mereka perjuangkan. DAP tetap DAP,” katanya.
KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neo Choo Seong berkata tiada perbezaan sebenar antara slogan Malaysian Malaysia’ dan ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’ sempena sambutan 60 tahun penubuhan DAP.
Menurut beliau, perbezaannya hanyalah pada bahasa.
“Ada beberapa orang sahabat tanya saya, apa beza Malaysian Malaysia dengan tema baru Malaysia Untuk Rakyat Malaysia?
“Jawapan saya, bezanya dulu guna bahasa Inggeris, sekarang bahasa Malaysia. Hakikatnya, semua sedia maklum apa yang mereka perjuangkan. DAP tetap DAP,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa Malaysia mencapai kemerdekaan hasil perjuangan pemimpin UMNO, MCA dan MIC sejak tahun 1957.
Tambahnya, pembentukan Malaysia pada tahun 1963 pula terhasil melalui usaha bersama pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Beliau turut mengingatkan bahawa DAP hanya ditubuhkan pada tahun 1965 dan didaftarkan pada 18 Mac 1966.
“Selama hampir 69 tahun ini Malaysia bukan untuk rakyat Malaysia ke?” soalnya. – The Merdeka Times.