Connect with us

Terkini

Al-Aqsa kekal ditutup, Zionis halau jemaah tunai solat Tarawih

Published

on

Foto: Masjid Al-Aqsa.
  • Sejak Sabtu malam, pihak berkuasa Israel menutup sepenuhnya Masjid Al-Aqsa dan mengarahkan jemaah supaya meninggalkan kawasan tersebut serta-merta, dengan alasan langkah keselamatan susulan serangan ketenteraan Israel terhadap Iran.
  • Pihak berkuasa zionis dilapor mengenakan kawalan ketat di sekitar Kota Lama termasuk menutup pintu masuk utama ke kawasan berkenaan.

BAITULMAQDIS – Pasukan keselamatan Israel menghalau jemaah keluar dari sebuah masjid di Kota Lama Baitulmaqdis Timur yang diduduki pada Ahad malam serta menghalang mereka daripada menunaikan solat Isyak dan Tarawih.

Menurut sumber tempatan, anggota keselamatan Israel memasuki Masjid Sheikh Lulu sejurus sebelum azan Isyak dan mengarahkan para jemaah meninggalkan kawasan masjid.

Mereka juga didakwa menghalang pelaksanaan solat, termasuk solat Tarawih, dalam apa yang disifatkan sebagai sebahagian daripada sekatan berterusan terhadap rumah ibadat di bandar berkenaan.

Insiden itu berlaku ketika Masjid Al-Aqsa kekal ditutup untuk hari kedua berturut-turut susulan pengisytiharan darurat oleh pihak berkuasa Israel.

Pihak berkuasa Israel dilaporkan mengenakan kawalan ketat di sekitar Kota Lama termasuk menutup pintu masuk utama ke kawasan berkenaan.

Sejak Sabtu malam, pihak berkuasa Israel menutup sepenuhnya Masjid Al-Aqsa dan mengarahkan jemaah supaya meninggalkan kawasan tersebut serta-merta, dengan alasan langkah keselamatan susulan serangan ketenteraan Israel terhadap Iran.

Langkah tersebut dilapor meningkatkan lagi sekatan terhadap kebebasan beribadat dan pergerakan penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi lanjut daripada pihak berkuasa Israel berhubung insiden di Masjid Sheikh Lulu selain alasan keselamatan yang dikaitkan dengan situasi darurat semasa.

Baitulmaqdis Timur, termasuk Kota Lama dan kompleks Masjid Al-Aqsa, merupakan wilayah yang dijajah Israel sejak 1967 dan statusnya kekal menjadi isu utama dalam konflik Israel-Palestin.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author