Terkini
Street Dakwah: Aduan kanopi punca tindakan DBKL, bukan isu dakwah – Hannah Yeoh
- Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang bukannya berkaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pasukan penguat kuasa DBKL telah turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
- “Bahan-bahan (yang dirampas) ini seperti kerusi, meja lipat, khemah, troli beroda juga telah diambil balik oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM). Tidak ada bahan agama yang dirampas oleh DBKL,” katanya.
KUALA LUMPUR – Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang bukannya berkaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata pasukan penguat kuasa DBKL telah turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Malah, katanya, pihak DBKL turut menunggu kira-kira 30 minit di lokasi selepas aduan diterima, namun tiada wakil tampil sebelum tindakan lanjut diambil.
“Bahan-bahan (yang dirampas) ini seperti kerusi, meja lipat, khemah, troli beroda juga telah diambil balik oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM). Tidak ada bahan agama yang dirampas oleh DBKL,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu tindakan penguatkuasaan DBKL terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang, di sini, baru-baru ini, dengan antaranya merampas barangan dakwah seperti risalah.
Berita lanjut menyusul. – BERNAMA