Connect with us

Terkini

“PMX bermuka dua” – Arun Dorasamy

Published

on

Foto: Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy.
  • Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy mengundang kontroversi apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘bermuka dua’
  • “PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bermuka dua, dia sudah lupa bahawa undian daripada pengundi bukan Islam dalam pilihan raya lalu yang memberi kemenangan kepada beliau,” katanya.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (Tepat), Arun Dorasamy mengundang kontroversi apabila mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘bermuka dua’

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau turut menyatakan bahawa peranan pengundi bukan Islam yang menurutnya menjadi antara faktor penting kemenangan Anwar dalam pilihan raya lalu.

Beliau turut mengkritik Perdana Menteri seolah-olah tidak menghargai sokongan tersebut.

“PMX (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bermuka dua, beliau sudah lupa bahawa undian daripada pengundi bukan Islam dalam pilihan raya lalu yang memberi kemenangan kepada beliau.

“ABAI – Anyone But Anwar Ibrahim,” katanya.

Sementara itu, orang ramai menyatakan rasa kurang senang terhadap kenyataan yang dibuat Arun.

Pengguna Facebook, Ra Zee menghantar komen pada hantaran tersebut dengan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat hantaran Facebook itu tas Akta Hasutan dan ugutan kepada Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna media sosial itu, Wan Muhamad berkata, secara jelas pencerobohan tanah melanggar kedaulatan undang-undang di negara.

“Yang sokong pencerobohan tanah kuil boleh dikategorikan ekstremis Hindu! Wajib haramkan sebelum lagi menyebarkan virus ekstremis.

“Gila apa sokong ceroboh tanah orang, lagi-lagi milik individu. (Dianggap sebagai) pencuri dan mengancam keamanan. Terang-terang melanggar rukun negara dan undang-undang,” jelasnya.

M Fitry Rahmat turut menyatakan pendapat dengan menulis kebebasan beragama bukan tiket untuk membuat binaan haram atas tanah orang lain.

“Kebebasan beragama bukan kebebasan buat binaan atas tanah orang lain. mudah sahaja.

“Kamu ada tanah? Bagi saya lokasi, saya mahu bina masjid atas tanah kamu, boleh ke?” soalnya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna, Mirul Awang pula menegaskan jika beliau tidak berpuas hati dalam undang-undang Malaysia, beliau boleh melepaskan hak kerakyatannya.

“Cakap banyak tidak guna, tak suka undang-undang Malaysia boleh keluar Malaysia.

“Hal mudah pun tak boleh faham, ceroboh tanah orang nak buat hak sendiri,” tegasnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author