Connect with us

Terkini

Pijak al-Quran: MCMC buka kertas siasatan di bawah Akta 588

Published

on

Foto: MCMC
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan siasatan lanjut di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berhubung individu yang memuat naik gambar memijak al-Quran di platform Threads.
  • MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil setelah siasatan polis terhadap individu yang menggunakan nama akaun “ryandaselva” memuat naik kandungan terbabit.
  • “Kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam,” menurut kenyataan itu.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan siasatan lanjut di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] berhubung individu yang memuat naik gambar memijak al-Quran di platform Threads.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil setelah siasatan polis terhadap individu yang menggunakan nama akaun “ryandaselva” memuat naik kandungan terbabit.

“Kandungan berkenaan dikenal pasti mengandungi unsur penghinaan terhadap agama Islam serta berpotensi mencetuskan ketegangan dan menggugat keharmonian awam,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan bahawa keterangan individu tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang semalam untuk melengkapkan siasatan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda maksimum hingga RM500,000 atau penjara hingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

MCMC turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan platform media sosial secara berhemah dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan kandungan yang mengganggu ketenteraman awam, menyentuh sensitiviti agama atau menjejaskan perpaduan negara. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author