Connect with us

Terkini

Kuil haram: ‘Bukan isu pengkhianatan, ini isu ceroboh tanah’

Published

on

Foto: Cikgu Chandra.
  • Tindakan merobohkan sebuah kuil petang semalam tidak seharusnya dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap kaum India, sebaliknya ia merupakan isu pencerobohan tanah yang perlu ditangani mengikut lunas undang-undang.
  • Menegaskan perkara itu, individu dikenali sebagai Cikgu Chandra berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai sebarang unsur perkauman seperti cuba digambarkan pihak tertentu.
  • “Ada juga surau dirobohkan tetapi orang Melayu reda juga benda ini. Mengapa masa kuil haram atau tidak sah dirobohkan, dijadikan sebagai isu perkauman? Sebenarnya isu ini bukan pengkhianatan kepada kaum India, sebenarnya ini isu pencerobohan tanah. Kalau dah salah itu, salah, tetap salah,” katanya.

KUALA LUMPUR – Tindakan merobohkan sebuah kuil petang semalam tidak seharusnya dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap kaum India, sebaliknya ia merupakan isu pencerobohan tanah yang perlu ditangani mengikut lunas undang-undang.

Menegaskan perkara itu, individu yang dikenali sebagai Cikgu Chandra berkata, tindakan tersebut tidak mempunyai sebarang unsur perkauman seperti yang cuba digambarkan oleh pihak tertentu.

“Tidak sama sekali, sebab kena ingat ini pencerobohan tanah bukan perkauman. Hanya beberapa orang aktivis yang saya rasa kurang matang, cuba melakukan provokasi, mungkin cuba menjadi hero masyarakat India.

“Ada juga surau dirobohkan tetapi orang Melayu reda juga benda ini. Mengapa masa kuil haram atau tidak sah dirobohkan, dijadikan sebagai isu perkauman? 

“Sebenarnya isu ini bukan pengkhianatan kepada kaum India, sebenarnya ini isu pencerobohan tanah. Kalau dah salah itu, salah, tetap salah,” katanya selepas menghadiri program Gotong-Royong Rakyat bersama membersihkan Tanah Yayasan Kubra yang turut dihadiri lebih 14 badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam semalam.

Menurut beliau, majoriti masyarakat India di negara ini didakwa semakin matang dan mampu menilai sesuatu isu secara rasional tanpa dipengaruhi sentimen perkauman.

“Setitik nila rosak susu sebelanga. Ini yang sebenarnya berlaku, termasuk kes yang berkaitan dengan aktivis Arun Dorasamy yang telah dibuat laporan polis yang kononnya dianggap beliau perkara ini dikaitkan dengan perkauman.

“Sebenarnya ini pencerobohan tanah, sebenarnya saya rasa masyarakat India, especially komuniti kaum India di Malaysia ini, dah celik dah, dah sedar bahawa mereka ini sedang dimanipulasi oleh beberapa aktivis termasuk Arun Dorasamy yang cuba menjadikan isu pencerobohan tanah sebagai perkauman,” tegasnya.

Tambah beliau, pada masa hadapan sekiranya berlaku lagi kes pencerobohan tanah atau pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran, masyarakat diharap dapat menerima hakikat bahawa tindakan penguatkuasaan dibuat berdasarkan undang-undang, bukan sentimen kaum.

“Jadi saya rasa selepas ini, kalau ada pencerobohan tanah atau pembinaan anutan haram, saya rasa masyarakat India akan terima hakikat bahawa salah tetap salah, jadi, jangan cuba melakukan provokasi.

“Aktivis sepatutnya perlu bertanggungjawab kepada pengguna media sosial, media massa, bagi kronologi apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan pencerobohan. Bagi saya, masyarakat India dah celik dah pandai dah matang,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author