Connect with us

Terkini

‘Kenapa sambut hari jadi tokoh Hindutva di Malaysia?’

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Ahmad Iqram Mohamad Noor.
  • Penganjuran sambutan hari jadi pengasas Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Keshav Baliram Hedgewar, di Broga baru-baru ini mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap penyebaran ideologi Hindutva di Malaysia.
  • Pendakwah bebas, Ahmad Iqram Mohamad Noor mendakwa penganjuran majlis seumpama itu bukan sekadar acara sosial, sebaliknya mempunyai simbolik yang besar.
  • Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia membenarkan ideologi seperti itu berkembang secara terbuka.

KUALA LUMPUR – Penganjuran sambutan hari jadi pengasas Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Keshav Baliram Hedgewar, di Broga baru-baru ini mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap penyebaran ideologi Hindutva di Malaysia.

Tokoh Hindutva itu, yang juga dikenali dengan gelaran “Dr Ji”, diraikan dalam satu majlis yang dihadiri komuniti tempatan. 

Turut dipaparkan ialah gambar pemimpin kedua RSS, M. S. Golwalkar, serta bendera saffron yang sinonim dengan gerakan tersebut.

Pendakwah bebas, Ahmad Iqram Mohamad Noor mendakwa penganjuran majlis seumpama itu bukan sekadar acara sosial, sebaliknya mempunyai simbolik yang besar.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Malaysia membenarkan ideologi seperti itu berkembang secara terbuka.

“Kedua-dua tokoh ini anti-Islam dan umat Islam di India. Tokoh ini adalah pembawa ideologi ekstrem dan ganas dalam menindas umat Islam di India. Boleh semak sendiri sejarah mereka.

“Sekarang ini, adakah Malaysia membenarkan Hindutva menyambut hari jadi tokohnya di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook

Menurut beliau, sambutan hari jadi seseorang tokoh melambangkan kecintaan dan kesetiaan kepada individu berkenaan serta ideologi yang dibawanya.

“Apabila sesebuah komuniti menyambut hari jadi seseorang tokoh ialah merupakan simbolik besar sebenarnya. Ia simbolik kecintaan dan kesetiaan. 

“Seperti umat Kristian menyambut Krismas, Buddha menyambut Wesak dan Muslim menyambut Maulidur Rasul. Sambutan Hari jadi itu dianggap manifestasi penghormatan yang tinggi kepada tokoh tersebut. Jadi apa pendirian kerajaan sekarang,” tegasnya.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa tiada elemen ideologi Hindutva di negara ini dan menyifatkan kejadian tersebut sebagai permulaan kepada perkembangan yang lebih besar.

“Kepada mana-mana pihak yang mengatakan tiada elemen ideologi ini di Malaysia. Ini baru permulaan. Kita akan tengok nanti bagaimana tokoh ekstrem ini dipuja di sebahagian sekolah-sekolah Tamil,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author