Terkini
Isu DAP: Kenapa tunggu Julai? Letak jawatan sekarang – Neow Choo Seong
- Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong mempersoal tindakan DAP untuk tidak meletakkan jawatan daripada Kerajaan sekarang berbanding mahu ditunggu sehingga Julai ini.
- “Jarang saya melihat ada persamaan reaksi dari kalangan netizen Cina atau bukan Melayu dan Melayu dalam isu-isu politik, tapi kali ini, reaksi kebanyakan netizen adalah sama.
- “Kenapa tunggu sehingga Julai? Letak jawatan sekarang juga. Ia wayang atau drama politik? Reaksi netizen sama, rakyat tidak lagi percaya kepada DAP,” ujarnya.
KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Penerangan MCA, Neow Choo Seong mempersoal tindakan DAP untuk tidak meletakkan jawatan daripada Kerajaan sekarang berbanding mahu ditunggu sehingga Julai ini.
Terdahulu, media melaporkan keputusan sama ada pemimpin DAP perlu meletakkan jawatan dalam kerajaan akan diputuskan pada kongres khas parti yang dijadual berlangsung pada 12 Julai depan.
Kongres berkenaan akan memutuskan sama ada pemimpin DAP perlu melepaskan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, ahli majlis pihak berkuasa tempatan serta ahli syarikat berkaitan kerajaan, atau mengekalkan kedudukan sedia ada.
Dalam pada itu, menurut Choo Seong, rata-rata orang ramai juga memberikan reaksi yang hampir sama tidak kira bangsa mahupun agama berkenaan kenyataan DAP itu.
“Setiausaha Agung DAP, Antony Loke berkata DAP akan bersidang pada Julai untuk putuskan sama ada kekal atau letak jawatan dalam kerajaan.
“Jarang saya melihat ada persamaan reaksi dari kalangan netizen Cina atau bukan Melayu dan Melayu dalam isu-isu politik, tapi kali ini, reaksi kebanyakan netizen adalah sama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambahnya, beliau mempersoalkan mengapa DAP mengambil masa untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan di samping tidak menolak ia berkemungkinan hanya drama politik sahaja.
“Kenapa tunggu sehingga Julai? Letak jawatan sekarang juga. Ia wayang atau drama politik?
“Reaksi netizen sama, rakyat tidak lagi percaya kepada DAP,” ujarnya.
Beliau turut mendakwa rakyat kini sudah boleh menilai dan masak dengan drama politik oleh DAP. – The Merdeka Times