Connect with us

Terkini

(VIDEO) EKSKLUSIF TMT | Gabenor Aceh tegaskan hubungan Jakarta–Aceh harmoni, Tepis naratif luar

Published

on

Foto: Gabenor Aceh, Muzakir Manaf.
  • Gabenor Aceh, Muzakir Manaf menegaskan bahawa kekecohan yang cuba digambarkan seolah-olah berlaku konflik Jakarta–Aceh sebenarnya berpunca daripada pihak ketiga dan unsur luar yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan Aceh mahupun pentadbiran pusat.
  • “Ya pada prinsipnya Jakarta-Aceh lebih nyaman, lebih harmonis dari segi apa saja. Kerana Aceh kan salah satu dalam NKRI jadi semua bekerjasama, semua akur dengan provinsi lain termasuk Aceh. Dan boleh dikatakan kalau pandangan saya malah lebih memperhatikan Aceh daripada provinsi lain,” jelas beliau sewaktu ditemuramah secara eksklusif bersama Ketua Pengarang The Merdeka Times, Finaz Yunus.

KUALA LUMPUR – Gabenor Aceh, Muzakir Manaf, menegaskan bahawa hubungan antara kerajaan pusat Indonesia di Jakarta dan Aceh berada dalam keadaan aman, stabil dan harmoni, sambil menolak sebarang dakwaan kononnya wujud ketegangan politik antara kedua-dua pihak.

Dalam temu bual eksklusif bersama The Merdeka Times, Muzakir menjelaskan, Aceh merupakan sebahagian daripada Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) dan segala urusan pentadbiran serta kerjasama dengan kerajaan pusat berjalan lancar merangkumi semua aspek, termasuk pembangunan dan pengurusan pasca-bencana.

Muzakir menegaskan bahawa kekecohan yang cuba digambarkan seolah-olah berlaku konflik Jakarta–Aceh sebenarnya berpunca daripada pihak ketiga dan unsur luar yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan kerajaan Aceh mahupun pentadbiran pusat.

“Ya pada prinsipnya Jakarta-Aceh lebih nyaman, lebih harmonis dari segi apa saja. Kerana Aceh kan salah satu dalam NKRI jadi semua bekerjasama, semua akur dengan provinsi lain termasuk Aceh.

“Dan boleh dikatakan kalau pandangan saya malah lebih memperhatikan Aceh daripada provinsi lain,” jelas beliau sewaktu ditemuramah secara eksklusif bersama Ketua Pengarang The Merdeka Times, Finaz Yunus.

Mengulas situasi pasca-bencana di Aceh, beliau menyifatkan banjir besar yang melanda baru-baru ini sebagai lebih teruk berbanding tragedi tsunami 2005, berikutan tempoh banjir yang berlarutan sehingga hampir seminggu sebelum air surut sepenuhnya.

“Dalam tempoh beberapa hari, keadaan amat menyeksakan. Ada mayat yang tidak dapat dikebumikan kerana air terlalu tinggi sehingga terpaksa diikat pada pokok atau dibawa ke kawasan lebih tinggi sebelum dikebumikan,” katanya, merujuk kesan banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Aceh.

Berhubung kemasukan bantuan kemanusiaan, Muzakir menjelaskan bahawa bantuan yang diterima setakat ini adalah pada tahap memuaskan, melibatkan sumbangan dari dalam negara serta luar negara, dengan Malaysia muncul antara penyumbang utama melalui NGO dan sokongan rakyatnya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada rakyat Aceh, pertubuhan bukan kerajaan serta sukarelawan yang terlibat secara langsung di lapangan, sambil menegaskan bahawa bantuan tersebut diterima dengan hati terbuka oleh seluruh masyarakat Aceh.

Dalam masa sama, Muzakir menyambut baik inisiatif penyelarasan bantuan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang disifatkannya sebagai langkah penting bagi memastikan bantuan disalurkan secara teratur, tersusun dan berkesan.

Beliau menegaskan bahawa koordinasi antara NGO Malaysia dan NGO tempatan Aceh perlu diperkukuh bagi mengelakkan pertindihan bantuan, memudahkan pengurusan di lapangan serta memastikan setiap sumbangan benar-benar sampai kepada mangsa yang memerlukan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author