Connect with us

Terkini

Syria sambung semula penerbangan di Lapangan Terbang Aleppo pada Selasa

Published

on

Foto: Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo.
  • Syria memaklumkan pada Ahad bahawa ia akan menyambung semula operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa ini, lapor Anadolu Ajansi.
  • Beliau berkata fasa seterusnya akan menyaksikan “tumpuan berterusan terhadap lapangan terbang itu” dan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatannya serta meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.

ISTANBUL – Syria memaklumkan pada Ahad bahawa ia akan menyambung semula operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa ini, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan penyambungan semula trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo bermula Selasa, 20 Jan 2026, selaras dengan jadual penerbangan yang telah diluluskan,” kata Omar Hosari, Ketua Penguasa Am Penerbangan Awam dan Pengangkutan Udara Syria menerusi hantaran di laman X.

Beliau berkata fasa seterusnya akan menyaksikan “tumpuan berterusan terhadap lapangan terbang itu” dan menyatakan bahawa pihak berkuasa akan berusaha untuk membangunkan perkhidmatannya serta meningkatkan pengalaman perjalanan secara keseluruhan.

Langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan trafik udara ke bandar itu kepada keadaan normal susulan ketegangan ketenteraan dengan Kumpulan YPG/SDF sebelum ini. – BERNAMA-ANADOLU

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author