Connect with us

Terkini

Tsunami 40 cm dikesan di Aomori, Hokkaido selepas gempa bumi 7.6 magnitud landa Jepun

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dan mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun yang berjumlah tujuh di kawasan paling teruk terjejas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
  • Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter.
  • Gelombang tsunami setinggi 40 cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido, kata JMA.

TOKYO – Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin, dengan ombak tsunami setinggi 40 sentimeter (cm) direkodkan di kawasan sepanjang pantai Pasifik, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dan mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun yang berjumlah tujuh di kawasan paling teruk terjejas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter.

Gelombang tsunami setinggi 40 cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido, kata JMA.

Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear Fukushima, Higashidori dan Onagawa, lapor penyiar awam NHK.

Nasihat tsunami turut dikeluarkan untuk wilayah Miyagi dan Fukushima susulan gempa kuat itu, menurut JMA. – BERNAMA-XINHUA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author